06/03/2011

Kali ini aku berpeluang untuk memandu Mazda2. Ini kali pertama aku memandu kereta keluaran Mazda. Mazda2. Mazda di Malaysia ni memang simple je bagi nama kereta mereka. Mazda3, Mazda5, Mazda6. Tak payah nama-nama yang indah-indah dan gah. Yang penting kereta tu yang kene nampak gah. Ok, spec kereta ni boleh di baca di sini dan sejarahnya boleh dibaca di sini.

Pandangan dari tempat duduk pemandu
Mazda2 ialah kereta sedan jenis kompak. Walaupun kecil tapi masih lagi sedan sebab menggunakan design 3 box (engine, penumpang, but). Ada 2 variant yang dijual di Malaysia, hatchback dengan sedan.

Kereta yang aku drive ni jenis sedan. First impression, kereta memang nampak lain dari yang lain berbanding dengan competitor sama kelas dengannya seperti Honda City dan Vios. Kalau City membawa imej prestij, Vios membawa imej simple but nice Mazda2 membawa imej sporty. Sporty ini dinilai melalui dalam, luaran dan pemanduan (drivability).

Front grill yang rendah dan sentiasa 'senyum'. Trademark Mazda
Ciri sporty memang jelas pada Mazda2. Front grill atas diminimumkan, manakala front grill bawah dimaksimumkan untuk memberi aliran udara yang yang lebih untuk aerodinamik dan penyejukan. Bentuk front grill bawah yang sentiasa ter"senyum", menambahkan lagi aura positif Mazda2. Banyak curve boleh didapati pada Mazda2 seperti hood, door dan roof. Selain memberikan kesan aerodinamik, kehadiran curve ini juga menjadikannya lebih menyerlah dan unik.

Ruang penumpang agak sempit tapi masih lagi selesa. Warna interior yang gelap memberikan mood sporty tetapi menyumbang juga kepada rasa sempit. Seat pemandu dan penumpang memang selesa cuma ruang kaki perlu dibesarkan lagi. Seat belakang memang cukup selesa untuk 2 orang dewasa. Untuk 3 orang dewasa, masih lagi ok, cuma perlu berhimpit sikit dan tidak sesuai untuk perjalanan jauh. Ruang menyimpan barang (but) semestinya lebih besar berbanding kereta kompak dan sesuai untuk keluarga kecil sama ada untuk balik kampung, berpiknik atau membeli belah.

Normal driving
Design radio agak simple dan comel. Tak banyak kereta mempunyai radio berbentuk bulat seperti yang terdapat pada Mazda2. Ianya cukup ringkas dan kemas. Dari segi capaian, tidak ada masalah. Semua butang dapat dicapai dengan mudah tanpa perlu menggerakkan badan. Button audio pada steering sangat membantu dan sesuai untuk pemandu yang suka menukar-nukar siaran radio. Button audio Mazda2 lain daripada lain, kemas dan mudah untuk digunakan.

Pemilihan warna yang sesuai, selain saiz nombor yang agak besar menjadikan meter menyerlah dan mudah untuk dibaca. Cuma meter untuk petrol menggunakan jenis digital kelihatan seperti tidak kena kerana dapat dilihat memang ada ruang yang jelas untuk menggunakan jenis analog. Secara peribadi, untuk petrol jenis analog adalah sesuai untuk bahan api kerana ianya mudah dipantau dan dijangka berbanding digital.

Shift lever dan aircond button

Kelemahan yang didapati pada design dashboard pada Mazda2 ialah kedudukan aircond register terletak betul-betul di belakang steering adalah tidak sesuai. Aliran udara tidak sampai kepada pemandu. Aliran udara akan tersekat pada steering dan menyejukkan tangan dan menganggu genggaman tangan pada steering. Selain itu, kedudukan dan saiz shift lever juga tidak sesuai. kebarangkalian untuk terlanggar shift lever ketika hendak menggunakan butang aircond adalah tinggi. Tangan akan mudah tersekat pada shift lever dan agak berbahaya.

Mazda2 bukan sahaja mengutamakan keselamatan tempat duduk pemandu, malah penumpang. Sekirannya penumpang tidak menggunakan seatbelt, alarm akan berbunyi. Ini kerana terdapat sensor di bawah tempat duduk penumpang yang memberitahu ECU kehadiran penumpang. Namun jika berat pada tempat duduk penumpang kurang daripada ~10kg, tiada alarm akan berbunyi. Features yang menarik bukan?

Sekiranya penumpang tidak memakai seatbetl, alarm di sebelah hazard light akan menyala.
Pemanduan (drivability). Gear shifting sangat sliky smooth. Kita tidak akan mendengar bunyi engine mengaum ketika gear shift. Begitu juga dengan rasa jerk. Sangat sedikit dan seolah-olah tiada walaupun ketika full throttle. Begitu juga dengan braking. Begitu lembut dan lancar. Rasa shock sama ada daripada transmission ketika downshift ataupun brek itu sendiri seolah-olah tiada.Throttle sangat responsive. Sangat lancar dan power delay sangat minimum. Kesemua faktor ini menjadikan Mazda2 mudah dan seronok untuk dipandu.

Electric power steering yang digunakan pada Mazda2 begitu selesa dan meyakinkan. Ianya bersifat linear dan responsive. Force adjustment ketika hendak parking dan pada kelajuan tinggi telah disetting dengan baik. Feeling steering seperti hyraulic power steering. Pengendalian begitu lancar dan mudah.

Untuk sistem suspension, boleh dikatakan ianya telah di'tune' dengan baik. Ianya memenuhi keperluan untuk riding dan stability. Roll yang minimum ketika mengambil selekoh walaupun pada kelajuan tinggi dan hentakan yang lembut walaupun memandu di atas jalan yang tidak rata.

Akhir sekali, untuk prestasi masih lagi tiada data rasmi untuk pecutan dari 0 - 100km/h. Tetapi prestasinya boleh dikatakan antara yang terbaik dalam kelasnya. Mazda2 tiada masalah untuk sentuh 160km/h based on meter. Jika diberi jarak yang mencukupi dan tiada speed trap, mungkin Mazda 2 boleh mencecah 180km/h! Terima kasih kepada body yang aerodinamik dan ringan. Di akhir test drive, didapati fuel consumption untuk Mazda2 setaraf dengan kereta 1.3Liter walaupun berkapasiti 1.5 liter. Sekali lagi tahniah kepada body yang aerodinamik dan ringan.

Bergambar untuk kenangan
Harga untuk Mazda2 terletak di antara Vios dan City. Boleh dikatakan kita akan mendapat ciri-ciri separuh City dan separuh Vios pada Mazda2. Secara keseluruhan, Mazda2 ialah sebuah kereta sporty yang tidak beberapa mewah dan mampu milik. Sesuai untuk eksekutif muda dan keluarga kecil. Tiada masalah untuk memandu Mazda2 sama ada di bandar, luar bandar ataupun untuk perjalanan jauh. Berminat? Boleh tengok harga Mazda2 di sini.


Current mood: Lapar
Listen to: Nona
After this: Mandi

2 comments:

  1. Any comments for Mazda 3 1.6L??? Have u tested the car??

    ReplyDelete

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe