01/03/2011

Ayam pun tahu tu beras haram

Dah la kejam, haram pulak tu
Masih tidak terlambat lagi untuk menyampaikan simpati dan takziah diucapkan kepada keluarga kelindan lori yang terbunuh dalam insiden beras tumpah di lebuhraya tempoh hari.

Sebelum ini, insiden 'syiling tumpah' telah menunjukkan bahawa masyarakat kita sudah tidak pedulikan halal haram lagi. Mujurlah tiada siapa yang terkorban dalam insiden itu. Masyarakat kita diuji sekali lagi dengan insiden beras tumpah ini.

Kerakusan manusia yang sudah tidak fikir halal dan haram, langsung tidak mempedulikan keadaan pemandu dan kelindan lori yang tercedera. Lebih sejam tiada bantuan diberikan. Malah harta benda mereka juga turut dilarikan.

Daripada cerita pemandu terbabit, memang geram mendengarnya. Dah la, beras dikutip, barang kene curi, cedera tapi tak ada orang peduli, kelindan dah nazak pun tak ada orang kisah. Puas pemandu tersebut meminta pertolongan, tapi tiada siapa yang endahkan.

Tak tahulah perkataan apa yang boleh digambarkan kepada orang ramai yang terlibat dalam 'pesta kutip beras' ni. Mungkin kesempitan hidup akibat kos hidup yang makin tinggi menyebabkan orang hilang akal dan hilang nilai kemanusiaan.

Apa pun, beras itu haram dimakan dan badan yang tumbuh dari hasil haram ini hanya akan jadi bahan bakar api neraka sahaja. Kepada sesiapa yang berada di tempat kejadian ketika itu dan leka mengutip beras, ketahuilah anda makan beras di atas kehilangan nyawa orang lain.

Bayangkanlah kalau ahli keluarga kita yang alami nasib seperti pemandu dan kelindan lori berkenaan. Orang gila je yang akan kata "tak apa lah"

Current mood: Ngantuk sikit. tapi nak pumping sket
Listen to: Ku Merindu - Ella & Shah
After this: Baring-baring jap

4 comments:

  1. thanx la php. lawat lagi ye

    ReplyDelete
  2. dorg yg kutip beras tu desperate sgt agkny..dok fikir sng sendiri je.huhu

    ReplyDelete
  3. Tula pasal. Sanggup makan beras haram. Orang memang dah tak kisah halal haram dah sekarang ni

    ReplyDelete

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers