15/03/2011

Hari ni 14 mac 2011. Genap la seminggu aku eksiden. Pada hari ni, masa ini, minggu lepas, aku sedang berada di balai polis jalan bandar, sedang buat repot polis untuk claim insuran dan SOCSO. Terasa tangan aku berdenyut-denyut. Tiada luka, tapi luka di dalam, aku je yang tahu bagaimana rasanya.

Banyak juga nak kene repair ni
Aku eksiden masa balik keje. Depan pasar borong selayang, ada satu motor tu, die nak elak lubang, lalu bergesel dengan aku dan aku jatuh. Motor yang gesel dengan aku tu terus berlalu macam tak ada apa-apa.

Sian jaket aku ni. dah 3 tahun bersama. Kalo tak ada jaket ni dah calar balar belakang aku

Lepas jatuh tu, aku terus pusing belakang, risau kalau ada kereta. Kebetulan pula aku jatuh pada lorong paling kanan. Nasib baik tak ada kereta. Kalau tak, mungkin aku tak dapat nak update dah blog ni.
Bila aku tengok tak ada kereta, aku terus ke tepi jalan. Dah tak peduli motor aku dah. Safety first ma. Masa tu aku rasa macam jari hantu dan jari kelingking dah tak ada. Sakit dan pedih rasanya. Pinggang aku pun rasa sakit sebab terhentak atas jalan. Nasib baik tak ada luka apa-apa. Kalau tak lagi parah.

Lepas tu ada satu lelaki India yang baik hati telah menolong mengalihkan motor aku dari tengah jalan. Aku memang sangat berterima kasih sebab dia berani dan sanggup amik motor aku tengah-tengah jalan. Aku ada beli roti Gardenia. Sian roti tu kene lenyek dengan kereta.

Ada beberapa orang berhenti dan bertanya ok ke tak. Mereka suruh aku rehat dulu baru teruskan perjalanan. Aku bernasib baik sebab motor aku masih boleh hidup dan rim pun tak bengkok. Lepas aku rasa dah ok. Aku pun meneruskan perjalanan.

Tengah check blood pressure. Pedih tangan time ni
 Sampai rumah, kene drive pula pergi klinik. Kereta pula kereta manual. Nasib baik aku dah biasa drive sebelah tangan. Bila sampai klinik, doktor tu terus suruh refer hospital tawakal sebab dekat.
Lepas x-ray, tangan aku didapati ada retak sikit. Tak boleh bergerak bebas. Kena balut tangan. Tak perlu simen sebab tak kritikal. Tapi MC 3 minggu la jugak. Tak boleh nak genggam. Nak pegang pen pun tak boleh. Ni pun dah seminggu baru boleh taip dengan selessa. Tu yang baru dapat update. hehe
 
Nak makan susah sket. Kene guna sudu
 Adat la eksiden ni. Bila guna jalan raya ni, ada dua je rules; kita langgar orang atau orang langgar kita. Tu je. Nasib la mana satu. Apa-apa pun, Alhamdulillah nyawa aku masih panjang. Setakat retak tangan tu kira sikit je based dengan cara aku eksiden ni. Memang tak ada luka dan sakit lain. Sakit hati je la sebab nak kene repair motor. huhu.
Aku akan tetap naik motor juga lepas ni. Tiada masalah. Bukan tak nak naik kereta, tapi traffik jem dan nak jimatkan masa. Jem-jem boleh serabutkan minda dan jiwa kacau serta emosi tak stabil. Naik motor memang risiko besar. Tapi sebenarnya naik apa pun boleh eksiden. Akhir kata,

Malang tak berbau
Current mood: Kekenyangan
Listen to: Black Eyed Peas - Dirty bit
After this: Minum kopi

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe