23/03/2011

Orang cun tetap akan cun walau macam mana situasi die bergambar pun




Sejak aku mula bekerja pada febuari 2008, aku tak pernah cuti begitu lama macam sekarang. Paling lama pun seminggu lebih. Itu pun sebab company pun cuti seminggu. Jap, paling lama pun masa kenduri kawin aku tahun lepas. 19 mac 2011 genap dah setahun usia perkahwinan aku. hehe


Banner anniversary special edition. custom made

Masa doktor cakap MC 3 minggu, aku tak tahu nak happy ke tak. Memang aku nak MC, tapi 3 minggu tu terlalu panjang. Seminggu pun dah cukup. Tapi apakan daya, kes aku ni berkaitan dengan tulang. Kene bagi tulang tu joint betul. Kalau dislocate tak pasal-pasal kene operate. Lagipun masa baru-baru kene nak pegang pen pun tak boleh macam mana nak tulis. Nak taip guna keyboard pun terkial-kial.

Alhamdulillah, setelah berehat lebih 2 minggu ni, tangan aku dah beransur-ansur ok. Hampir dah boleh buat semua benda macam normal. Tapi tak boleh buat kerja berat-berat. Nak makan pakai tangan pun dah boleh. Cuma macam budak-budak sket. Aku lagi suka makan pakai tangan berbanding pakai sudu. Kene tengok juga la makan ape. Kalau makan hotplate tu kene la pakai sudu. Hehe

Sepanjang cuti ni, boleh la aku tido lebih sikit. Boleh tengok bola 3 pagi tanpa ada rasa takut. Lepas subuh boleh tidur. Kalau hari bekerja tu memang aku tak cukup tido. Tido lambat tapi bangun awal. Badan pun rasa tak sedap bila tak cukup tido ni. Maka masa cuti ni memang aku betul-betul guna masa untuk tido. Kena pulak, petang-petang KL memang hujan lebat. Layan betul tido.

Tengok movie, main game, online. Tu jela yang aku buat nak menghabiskan cuti ni. Tapi sempat jugak la pergi singapore n Pulau kapas.

Ape pun, minggu depan kalau MC tak disambung lagi, aku akan mula bekerja. Ai, dah lama tak kerja nak kene warmup dulu. Dah rasa maca budak baru pulak. Positif sidenye, kerja-kerja aku ada orang cover dan aku rasa fresh.

Current mood: Rasa macam nak joging petang ni
Listen to: Kasih Laila - Jinbara
After this: post lagi. hehe




0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List