06/03/2011

Hari minggu kita biasanya ada 2 pilihan untuk makan. Masak sendiri ataupun makan di luar. Bagi yang berjalan semestinya akan makan di luar. Bagi yang malas atau pun kekeringan, masak di rumah sahajalah.

Minggu ni aku malas nak keluar sebab nak bermalas-malasan di rumah. Maka aku decide untuk masak mee goreng. Sebab dah lama mee tu terbiar.

Well, goreng-goreng ni simple je. Campak je apa yang patut. InsyAllah sedap. Yang penting sukatan garam dan gula tu kene betul. Kalau tak memang tak jadi.

Proses memasak adalah seperti gambar di bawahh. Mee ni dimasak sendiri oleh aku tau. Wife wat keje lain.

Campuran cili boh, bawang besar, bawang putih, hotdog, sos cili, sos tomato
 Biarkan selama 5 minit. Bagi sebati dan masak sikit.

Masukkan 3 biji telur
Masukkan mi yang sudah dicelur dengan air panas
 Ikut la berapa orang yang hendak makan.

Campurkan sayur
 Agak-agak bile dah sebati, masukkan sayur. Simple je kan?

Dah siap dan sedia dihidangkan
Mee dah siap dimasak dan boleh dimakan bersama ayam goreng. Mudah je memasak ni. Praktis make perfect. Kepada suami-suami di luar sana, sekali sekala memasak apa salahnya kan? Makin isteri sayang tau. hehe

Current mood: Senak perut sebab kenyang sangat
Listen to: Pulanglah - Awi Rafael
After this: Lepak-lepak je depan TV



2 comments:

  1. mmg cmtu. slalu kalau makan mee kat umah kene ada nasik putih. baru best. hehe

    ReplyDelete

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe