15/03/2011

Aku dan isteri aku bernasib baik sebab sempat membeli buku ini. Menurut jurual kedai tersebut (MPH Bukit Raja) buku ni ialah buku terakhir. Yang lain sudah habis dijual. Menurutnya lagi, kedai ni order 400 buah buku, habis dalam masa 3 hari! Cawangan di MPH Midvalley pula, 5000 buah habis dalam masa 3 hari. Lagi caragas.

Aku dan isteri aku memang peminat Tun. Jasa Tun kepada negara ini amat besar. Selain itu, kelantangan Tun untuk berdepan dengan masyarakat antarabangsa menjadikan beliau dihormati kawan dan disegani lawan.

Banyak benda-benda yang confidential akan dideahkan dalam buku ni, kehidupan peribadi beliau, falsafah dan pemikiran beliau dsb. Maka pendapat aku, buku ni haruslah dibaca oleh setiap rakyat Malaysia kerana pasti banyak motivasi terkandung di dalamnya.

Disebalik kesibukan bekerja dan godaan internet esp Facebook, aku akan cuba juga menghabiskan buku ini yang mempunyai 809 muka surat. Nak baca terus tu memang susah. Cukup setakat 10 muka surat sehari. InsyAllah, kalau ada apa-apa yang menarik aku akan share dalam blog ni.

Current mood: Dah ngantuk
Listen to: Jeritan batinku - Azlan and The Typewriter
After this: Tido. Sok ada hal pagi-pagi

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe