23/03/2011

Kurosagi The Movie
Gambar di atas ialah promo untuk movie Kurosagi yang disambung dari drama. Tengok tulisan dah tau ianya cerita jepun. Ianya menceritakan tentang Seorang penipu (hero) yang memburu penipu yang lain dan menipu balik penipu tersebut untuk membela mangsa penipu tersebut. Dalam drama tersebut, kita boleh tengok macam mana liciknya seorang penipu menipu mangsa mereka. Tapi hero lagi bijak sebab dapat tipu diorang balik. Macam biasa la, penipuan tidak ada motif lain kecuali wang.

Di negara kita, sejak wujudnya internet, banyak kes-kes penipuan cinta ni berlaku. Aku pun tak faham kenapa la diorang ni tak ambil pengajaran. Mungkin diorang ni tak baca paper kot. Sebernya modus operandi diorang sume ni sama je. Target diorang pun same je. Lagipun kalau ikut logic, memang tak logic langsung. Baru kenal dah janji macam-macam. Lepas tu boleh pula nak pinjam duit beribu-ribu. Yang mangsa ni pula boleh pulak pergi bagi.

Penipu pun pandai. Target kene ada. Andartu, janda tua, perempuan yang berbadan besar. Tabur ayat manis-manis, mangsa yang selama ni menagih cinta pun hanyut dengan mudah. Bila dah tangkap cintan, bagi je semua. Mintak duit tak agak-agak. Sampai puluh atau ratus ribu. Nak buat bisnes la, barang tak lepas la, family sakit la. Yang mangsa pun senang-senang je bagi. Yela, dah tangkap cintan. Dah tak guna akal dah.

Last-last bila dah kene tipu, semua dah terlambat. Yela, kalau tak terlambat tu maknanya still belum kene tipu. Nak salahkan mangsa pun tak boleh jugak sebab si penipu ni memang kerjanya penipu. Cuma mangsa la yang tak beberapa alert yang diorang nak kena tipu.

Petikan akhbar harian metro hari ni:
Dah beribu kot kes macam di atas ni dilaporkan. Tapi masyarakat kita masih lagi kena tipu. Mungkin tabiat membaca masyarakat kita yang kurang menyebabkan mereka terus ditipu.  Apa pun, penipu memang seorang yang tiada belas kasihan. Diorang tak peduli apa yang akan berlaku kepada mangsa selepas ditipu. Yang penting diorang dapat apa yang dihajati. Maka berhati-hatila ye. Guna akal lebih, emo tu letak diam-diam.


Aku sendiri pun hampir kene tipu melalui telefon. Nasib baik aku sedar. Kalau tak, tanggung hutang tak pasal-pasal. Berikut ialah perbualan aku dengan penpu tersebut:


Penipu (P): Selamat petang, boleh saya cakap dengan cik suraya ahmad?

Aku (A): err encik salah nombor ni. Ni bukan nombor suraya ahmad.


P: Oh, ini encik rasul abdul majid ye?


A: Yup. Siapa ni?


P: Saya razak dari bank standard chartered. begini cik, saya ingin menawarkan pinjaman peribadi kepada encik.


A: Owh, berapa banyak tu (aku tak perasan lagi yang ni penipuan).


P: Ok, pinjaman kita bergantung kepada gaji basic encik. Max kita boleh bagi sebanyak 6 bulan gaji encik. Berapa basic encik?


A: RM XXXX (aku x perasan lagi ni penipuan)


P: Ok, kalau 6 bulan encik layan meminjam sebanyak RM XXXXXX. Kalau macam tu, encik cuma perlu faxkan salinan kad pengenalan dan slip gaji encik yang terkini sebulan sahaja. Dokumen kita akan siapkan semua. (Time ni baru aku sedar ada sesuatu tak kena)


A: Eh, kejap, pinjaman apa tadi ni? Peribadi?


P: Yup.


A: Jap, saya tak ada buat pinjaman peribadi, tapi pinjaman perumahan ada la.


P: Oh, pinjaman perumahan pun kita ada sediakan. encik boleh apply juga. (Aku dah rasa tak kena. Standard Charterd ada pinjaman perumahan ke?)


A: Eh, xpe la, saya dah apply bank lain dah. Pinjaman peribadi pun saya tak nak. saya tak perlu.


P: Eh, btol encik tak nak buat loan? Encik buat la loan apa-apa, cuba fikir balik, betul-betul. Mana tau encik ada bende nak buat or beli ke?


A: Xpe-xpe. Tak perlu. memang saya tak perlu.


P: Betol ni encik. Peluang ni datang sekali encik sebab tawaran ni datang pada pelanggan bertuah je.


A: Baik ko cakap, siapa ko ni. jangan nak menipu la. Cakap macam tak macam orang bank pun.


P: tuuut tuuut tuuut (talian terputus)

Ringkasan:
  1. Dah la masa mula-mula telefon nama dah salah. Nampak sangat die main tembak.
  2. Standard chartered bukan bank kad kredit je ke? Bila masa pulak ada loan perumahan?
  3. Percakapan pun x macam orang bank. Boleh pulak paksa-paksa. Dan-dan je cakap tawaran istimewa, pelanggan betuah la
  4. Boleh pula nak offer loan lain lepas orang dah tak nak.
  5. Hantar dokumen guna fax je? Mana ada urusan loan guna fax je.
  6. Dokumen yang diperlukan fotostat ic dan satu bulan slip gaji je? Mane ada dokumen loan guna satu bulan slip gaji je.
  7. Mana ada loan di offer, tapi loan di apply. Bodo punye penipu.
Kenapa penipu mintak satu bulan slip gaji je? sebab nnt diorang akan edit guna software buat 3 bulan sebelum diorang submit. Bukan susah pun nak edit. Ada ic, cukup, sume die bleh akses.

Lagipun pengajaran yang aku dapati daripada kes-kes yang dilaporkan dalam akhbar ialah, takde urusan bank yang dibuat melalui telefon. Semua kene pergi ofis. Kalau ada pun cuma untuk pengesahan dan pemanggil akan perkenalkan sume detail, nama penuh, cawangan mana. Tapi besenye memang limit kepada pengesahan.

Diorang takkan mintak detail korang. So once, diorang mintak detail korang, maknanya penipu la tu. Sebab bila korang ada akaun bank, detail korang akan di link kan ke bank negara. So bank just mintak daripada sistem je. Tak perlu tanye korang lagi. Kalau diorang nak confirmkan pun, suruh diorang sebut dulu. Korang iyekan je. kalau salah, korang jangan betulkan. Pergi bank terus.

Penipu sekarang makin licik dengan perkembangan teknologi. Maka, berhati-hati la ye,

Current mood: Rasa nak joging. Tapi kat luar dah gelap.
Listen to: Ku ada Kamu - Adira
After this: Solat asar

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers