02/04/2011

Sekadar gambar hiasan sahaja. Tidak lebih dari itu
Rabu minggu lepas aku ada appointment dengan doktor nak folow up status tangan aku. Alhamdulillah, doktor mengesahkan yang tangan aku dah ok. Cuma kene banyak latihan genggam-genggam supaya tulang yang terkeluar tu dapat masuk balik dalam soket. Maka aku sepatutnya bekerja pada hari khamis. Tapi disebabkan company aku cuti hari jumaat dan isnin, aku decide sambung cuti je la hari khamis tu. hehe.

Banyak pengajaran yang aku dapat daripada peristiwa eksiden dan cuti ni. Dah memang manusia ni susah sangat untuk bersyukur. Sentiasa rasa tak cukup. Tapi sebenarnya kita tidak sedar dengan nikmat yang sedang kita nikmati.

Pernah dengar tak frasa, Masa sihat sebelum sakit? Masa kita sihat, rebutlah dan gunakanlah masa tu sebaik mungkin sebelum sakit. Bila sudah sakit, banyak benda yang tak boleh buat.

Macam kes aku, walaupun hanya patah beberapa tulang kecil sahaja, tapi nikmat dan kebebasan yang aku kecapi selama ini telah ditarik balik. Banyak benda yang tak boleh buat walaupun hanya minor je injury aku ni sebenarnya. Aku tak boleh pergi keje (yang ni best sket), nak g toilet susah, nak pegang bende susah, nak drive susah, nak kuarkan duit dari wallet or poket seluar susah, nak pakai baju susah, nak tido pun susah. Paling worst nak menulis pun tak boleh. Sebab tu aku cuti lama. Nasib baik la menaip dan tekan mouse ok. Itu pun pakai tangan kiri. Boleh jugak nak online. Hehe.

Pengajaran yang sangat berkesan kali ini ialah hargai kesihatan anda dan jangan gunakan nikmat sihat ni untuk buat benda bukan-bukan. Gunakanlah ianya sebaik mungkin sementara masih boleh. Bersyukurlah kita dilahirkan lengkap tubuh badan dan organ. Bersyukurlah semuanya berfungsi untuk kita nikmati keindahan alam ciptaan Allah swt.

Ape pun, aku happy sebab dapat kerja balik. Dah bosan sangat duduk rumah ni. Macam orang hilang arah tuju je. Ni baru 3 minggu ni. Macam mana la orang yang menganggur tu kan? Tu yang penganggur ni banyak buat benda yang bukan-bukan. Dah takde hala tuju.

Current mood: Baru lepas minum air milo
Listen to: Mantera Beradu - Malique feat M Nasir. (Masuk tempat orang bawak otak bukan pisau)
After this: Nak joging kat Tasik Titiwangsa dengan wife.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List