12/04/2011


Bila kita buat sesuatu tu, pastikan kita letakkan hati kita. Buat dengan sepenuh hati. Bila kita meletakkan hati kita pada setiap perbuatan atau kelakuan kita, pasti kerja kita akan menjadi tak kira kerja apa pun.

Tapi bukan mudah untuk kita hendak meletakkan hati pada setiap benda. Mungkin hati kita tidak sesuai dengan apa yang diperlukan. Tidak serasi dengan apa yang kita inginkan. Maka, tiada gunanya kita meneruskan perbuatan itu kerana ianya bukan sahaja menyeksa jiwa dan raga dan hasilnya pasti akan mengecewakan.

Sebagai manusia, kita dikawal oleh akal dan nafsu. Bergantung kepada mana satu yang mendominasinya. Beruntunglah kepada sesiapa yang dikawal oleh akal dan rugilah kepada orang yang meletakkan nafsu sebagai pengawalnya. Dalam hal ini, hati tidak salah, kerana hati hanya akan mengikut telunjuk 'pemerintahnya'. Apa yang dikata oleh hati, sebenarnya lahir daripada akal dan nafsu.

Dalam hidup ini, sejak kita mencelikkan mata, kita sudah mesti memilih sesuatu. Ini kerana kehidupan sebenarnya adalah membuat pilihan. Membuat pilihan sebenarnya adalah kehidupan kita. Kehidupan kita sebenarnya bergantung kepada pilihan kita. Apa yang kita ada pada hari ini sebenarnya adalah hasil daripada pilihan yang kita buat pada masa lepas dan pilihan yang kita buat pada hari ini akan menentukan apa yang berlaku pada masa hadapan.

Bukan senang hendak membuat pilihan. Walau kita dihadapkan dengan perlbagai pilihan, tetapi pilihan yang kita buat lazimnya tidak menepati. Namun ada pilihan yang boleh diundurkan semula, ada juga yang sudah terlambat segalanya. Yang pasti, setiap detik yang berlalu, tidak akan kembali. Ianya pergi tanpa kembali.

Maka buatlah pilihan dengan bijak. Fikirlah masak-masak sebelum nasik menjadi bubur. Walaupun bubur itu boleh dimakan juga, tapi ianya tidak sesedap nasik dan tidak boleh dibuat nasik goreng mahupun nasik lemak.

Sekian,

Dari aku yang jiwa kacau

Current mood: Kekenyangan. Baru lepas supper
Listen to: Panca Delima
After this: another post

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe