26/04/2011






Mesti sengsara kan bila lelaki/perempuan yang kita suka gila-gila, cinta sepenuh hati rupa-rupanya dah ada orang lain. Rasa terseksa jiwa dan raga. Makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena. Buat apa serba tak kena.

Petang tadi masa drive nak balik rumah, radio ada memutarkan lagu "Separuh Jiwaku Pergi" oleh Anang. Versi akustik punye. Sebelum ni aku tak layang lagu sangat lagu ni yang memang dah terang-terang ditujukan kepada Ex-wifenya KD. Tapi bila aku teringat kisah membe aku ni, tibe2 aku rasa sangat feeling dengar lagu ni.

Ada la sorang membe aku ni, die memang minat gila-gila kat satu aweks ni. Bukan die tak pernah cuba nak confess, dah banyak kali, tapi masih tak berjaya. Even aweks ni terang-terang kutuk dia, siap kene maki lagi, namun ianya tidak memadamkan perasaan cinta member aku ni.

Baru-baru ni aweks yang dia minat tu dah declare couple dengan orang lain. Siap post kat fb lagi. Aku boleh bayangkan mungkin hancur luluh hati kawan aku ni dan berkemungkinan juga menangis. Siapa kata lelaki tak boleh menangis? Lelaki pun manusia juga, ada hati dan perasaan juga.

Nak kata membe aku ni bangang pun tak boleh jugak. Bukan kitorang tak pernah nasihat kat die. Dah berbuih-buih, dah berbakul-bakul nasihat dah kitorang bagi, tapi die nak juga kat aweks tu.

Memang "Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor" tapi di mata membe aku, hanya ada satu je bunga sekarang. Yang lain suma dah bukan bunga. Mungkin hanya dedaun hijau sahaja.

Asik kene rejek, kene hina, maki tapi still nak. Kan bangang namanya je tu. Carik la perempuan lain. Kan sekarang ni perempuan lagi ramai dari lelaki. Bagi yang pernah rasa je akan tahu apa yang dialami oleh member aku ni. Bagi aku die tak bangang dan juga tak ego, cuma die tak cukup prepare dia je.

Terus terang cakap, aku pun pernah alami gak macam kes member aku ni. Sebelum aku kawen dulu la. Punye la minat kat awek ni. Cuba-cuba la try nak cucuk jarum, dah la fail, siap pakej dengan penghinaan lagi. Memang pedih woo. Rasa diri macam tak bernilai je. Pernah tak seseorang yang berlainan jantina mengatakan "Not my taste" dengan nada serius secara berdepan? Dah pulak tu, die saje je show off bermesra dengan lelaki lain kat depan aku. Lagi pedih beb. Mentang-mentang la die ada rupa, memang la laki layan. Cuba kalau macam kak limah? ada orang nak?

Lama jugak la kepedihan di hati ini berterusan. Bila nampak aku je pusing muka kat tempat lain, bila dengar kita bercakap je, die cuba ubah topik atau die pun nak bercakap jugak, bila aku join satu aktiviti tu, die takkan join. Bila aku takde boleh pulak gelak-gelak, nampak muka aku je terus masam. Memang sedih sgt time tu. Sebagai seseorang yang berharap, aku memang sangat berharap agar die pandang aku, cakap dengan aku, berjalan sama-sama, tengok wayang same2, join aktiviti same-same, ketawa sama2, boleh berbual-bual dengan aku, amik gambar same-same dsb. Tapi semua tu memang harapan yang tinggal harapan.

Cuma lepas dihina tu, rasa sayang tiba-tiba tu jadi benci. Bila dengar die gelak lagi aku benci. tengok die pun macam dah benci. Tapi bila ada chan usha jugak. Yela, aku ada jugak perasaan. Hina sangat ke aku ni sampai kene "Not my taste"? Kalau tak suka, boleh tolak cara elok sket.

Ntah la, walaupun benci, tapi jauh di sudut hati, aku masih berharap boleh berbaik semula. Cuba menjadi kawan macam orang lain. Cuma tak tahu la pihak satu lagi tu ada rasa sama ke tak. Huhu.

Aiseh macam mana boleh tercerita kisah sendiri pulak ni kan? Haha. Sebenarnya apa yang berlaku adalah benar. Aku sebenarnya cuba untuk melupakan sume ni, cuma bila aku teringat kisah membe aku ni, sume ter'auto' flashback. huhu.

Kata Anang itu memang betul, di saat kita dikewakan, rasanya macam 'separuh jiwaku pergi'. Hanya separuh je tinggal. Kalau separuh tu pun pergi jugak, jadik arwah la jawabnya.

Kepada membe aku, kalau die terbaca post ni, apa jadi pun hidup perlu diteruskan, mungkin dia bukan yang terbaik untuk kita. Sebab tu tak dapat. Hanya Allah yang tahu yang terbaik untuk kita. Lepas kahwin ni, baru aku sedar, wanita yang sederhana tapi bersifat suri-rumah dan ibu itu lebih berharga daripada wanita super cun tapi bersifat permaisuri agung atau FLOM. haha

Current mood: Ngantuk dah. Sok keje. huhu
Listen to: Separuh jiwaku pergi - Anang (Nak amik mood)
After this: Tido.zzzz

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers