03/04/2011

History Channel: Channel 555

Sape yang suka subjek sejarah? Subjek yang paling ramai buat orang mengantuk dan tidur dalam kelas. Orang tak kisah pun kalau x dapat A subje ni. Tak membawa efek dalam penentuan masa depan. Kalau x cemerlang pun, still boleh masuk U dengan senang. Asal jangan fail dah la. Buruk sijil nanti. Setakat lulus je sudah.

Buku teks yang kurang gambar. Ayat yang berjela-jela. Sama juga dengan buku rujukan yang dijual. Kebanyakan gambar yang ada pun, boleh kita tengok di dalam muzium. Dari tahun ke tahun, tiada penemuan baru, tiada kajian yang berterusan untuk membongkar lagi cerita sejarah. Alasan yang common, tiada bajet. Memanglah, subjek yang tiada kaitan dengan kerjaya. Buat apa nak bazirkan duit kat situ.

Sebelum kita belajar sejarah lagi, kita telah di'brainwash' oleh abang-abang or kakak-kakak kita bahawa sejarah ni subjek yang bosan dan mengantuk. Then, bila tiba masa kita diperkenalkan dengan subjek sejarah masa kita form1, kita takkan ada hati punya nak belajar. Cikgu pun bila mengajar salin bulat-bulat dari buku teks. Tak ada inisiatif nak buat macam cerita, lukis-lukis ke. Yela, cikgu dulu masa belajar sejarah pun mengantuk juga. Daripada form 1 sampai la form 5. Tidak ada satu pun cikgu sejarah yang membuat subjek sejarah tu macam subjek yang menarik.

Salah satu channel yang aku selalu tengok kat Astro ialah History Channel. Kenapa aku suka tengok sebab banyak kisah menarik yang terkandung dalam channel. Walaupun banyak kisah sejarah, tapi cara ianya disampaikan memang menarik. Banyak kandungannya tiada dalam buku teks sejarah. Fakta-fakta terbaru tentang sejarah berdasarkan penemuan yang terbaru. Perdebatan tentang sejarah, perkaitannya dengan sains dan teknologi.

Aku nampak apa yang membuatkan channel ni menarik ialah penglibatan ramai tokoh, pakar sejarah. Setiap rancangan pasti akan ada ulasan daripada pakar sejarah. Ini menjadikan ianya segar dan lebih informatif berbanding apa yang ada dalam buku teks sekolah.

Siapa cakap sejarah tak menarik? Tengok dulu history channel. Aku sebenarnya memang minat sejarah ni. Tapi tak ada la sampai tahap nak jadi sejarahwan. Seronok sebenarnya kalau kita dapat tahu kisah-kisah dulu kala ni. Dapat tahu asal-usul tentang sesuatu perkara. Yela, kalau tak ada dulu, takkan ada sekarang.

Sebenarnya sejarah sebenarnya ditulis oleh pihak yang menang. Pihak yang menang ni la akan jadi hero. Pihak lawan akan digelar penjahat. Sejarah juga subjektif. Bergantung kepada siapa kita, kita di pihak siapa, bagaimana tafsiran kita dan macam mana kita hendak sampaikan sejarah ni. Cara kita nak persembahkan pada generasi akan datang. Contohnya, bagi pihak British, pahlawan melayu digelar pengganas, pemberontak. Maka dalam buku sejarah yang ditulis oleh mereka, pahlawan melayu ini akan digelar pemberontak. Berbeza pula dengan kita, Britihs digelar penjajah dan pahlawan melayu ini akan digelar wira.

Pernah tak korang terfikir, sejarah yang tercatat dalam buku sejarah buku teks ni sebenarnya datang daripada siapa? Siapa yang menulis sejarah dalam buku-buku tersebut. Apa bukti yang menyokong fakta mereka ni? Sebab tulah, tak sume sejarah tu adalah betul, bergantung kepada siapa yang menulisnya dan macam mana kita nak tunjukkan pada generasi baru.

Cuma yang aku nampak, rakyat Malaysia ni boleh dikatakan buta sejarah. Mana taknya, belajar pun untuk exam. Habis exam lupa. Nak buat macam mana, sejak kecil dah di brainwash sejarah tu bosan dan mengantuk. Tanyalah generasi sekarang ni pasal sejarah Malaysaia, tak pun tanyalah senarai PM Malaysia sebelum ni.

Tanpa sejarah siapa lah kita. kalau pihak lain putar belit sejarah pun, kita tak boleh nak counter. Penting sejarah ni. Kalau tak jadilah macam kes Pulau Batu Putih antara Malaysia dan Singapura.....

Current mood: Kenyang, baru lepas dinner
Listen to: Buletin utama
After this: Solat Isyak jap

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List