14/04/2011

    
Perasan tak, iklan syampu atau iklan pencuci muka kat negara kita model nya adalah orang luar macam dari Bollywood atau Indowood. Dah tak banyak dah iklan syampu kat negara kita menggunakan model anak tempatan. Kalau ada pun Pan-Asia atau kata lainnya mix-mix.

Ape muka orang melayu asli ni dah tak layak ke nak jadi model iklan-iklan kecantikan? Diskriminasi iklan ni sebenarnya dah lama berlaku. Orang melayu hanya akan jadi model iklan-iklan makcik kampung, pakcik-pakcik tua yang lepak di kedai kopi, tak pun iklan kerajaan. Ada lagi, iklan produk-produk kecantikan yang tak beberapa famous.

Iklan yang agak-agak branded, muka yang menghiasinya tak lain tak bukan orang kaum lain, mix, orang putih. Kamon la, buat iklan nak tayang kat Malaysia yang majoriti rakyatnya ialah orang Melayu. Walaupun tiada dalam iklan tu, iklan ni bukan untuk orang melayu, tapi cuba la ambil hati sikit.

Buat iklan pembersih muka, tapi model dalam tu dah memang sedia putih. Memanglah hasilnya putih. Logik la sikit. Kalau nak betul-betul tunjukk produk tu berkesan, guna la orang melayu yang kulitnya sawo matang ni. Lepas pakai boleh putih melepak. Barulah real sikit.

Buat iklan syampu tapi dah terang-terang rambut modelnya macam baru kuar dari saloon. Bersinar-sinar, licin, tak tersekat di skala 6 la, bla bla bla. Dulu masa aku rambut panjang, aku guna syampu yang macam diiklankan dalam tv tu, takde pula rambut aku lurus dan bersinar-sinar. Lagi sakit kepala adela. Terus aku tak beli syampu tu. Nak buat iklan biar la logik sikit. Kalau rambut tu dah memang macam dawai, pakai syampu apa pun tak jalan. Kene pergi saloon juga kalau nak dapat rambut macam dalam iklan. Tak pun buat la statement "Pergi saloon dulu buat rebonding, lepas tu baru guna syampu ini untuk dapatkan rambut seperti yang diiklankan dalam tv"

Sama juga dengan iklan baju. Pakai jenama X tak berkesan, tak putih la. Bila pakai brand die, baju terus jadi putih bersinar-sinar dan putih suci murni. Siap ada bekas lipat lagi. Padahal dah terang-terang baju tu baju baru yang baru dibuka dari bungkusan. Bila aku guna brand tu, tak pula baju aku jadi macam dalam iklan. Agak-agak la nak buat iklan pun. Aduh.

Ape boleh buat, tugas iklan ialah untuk menarik minat. Sebab tu kene guna sikit unsur-unsur khayalan. haha

Current mood: kaki lenguh2. Tadi main futsal dengan semangat
Listen to: Perpisahan - Anuar Zain
After this: Post lagi. hehe


0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List