14/04/2011


Aku seorang penggemar jam. Aku memang suka beli jam. Tapi takde la jam yang mahal-mahal. Yang murah-murah sudah. Dalam banyak-banyak brand, aku paling suka Omega. Design Omega ni berkenan di mata aku. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab designnya kene dengan minat aku kot.

Dulu masa nak cari barang hantaran kahwin, pernah la sekali masuk Butik Omega kat KLCC. Harganya memang keterlaluan untuk golongan sederhana dan makan gaji macam aku. Tapi untuk bussinessman yang income sebulan beribu-ribu mungkin murah bagi diorang. Paling murah aku tengok pun dalam butik tu RM8K. Design paling simple tu. Kalau beli kat pasar malam atau chowkit, mungkin hanya RM20 je.

Brand Omega ni memang mempunyai reputasi yang hebat dan terkenal. Dipakai oleh orang-orang kenamaan dan kaya. Tengok harga pun dah tahu siapa yang mampu beli. Orang makan gaji nak beli? Boleh, tapi kene simpan duit sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Kalau nak cepat dan murah, boleh cari di pasar malam atau pun uptown. Berlambak je ada jual.

Tapi sejak isu video seks yang melibatkan Anwar Ibrahim, aku rasa sedikit sebanyak reputasi Omega tercalar. Ini sebab perempuan dalam video tersebut ada menyimpan jam Omega yang dicuri daripada lelaki yang dikatakan Anwar Ibrahim tu (aku dah tengok video tu, memang sah bukan! Orang rabun je cakap ye). So polis nak cari siapa owner jam tu berdasarkan serial number jam tersebut. Itu pun kalau jam tu ori la. Kalau beli kat chow kit, buang masa je cari.

Siapa yang pakai jam Omega mesti kene bahan. "Jam ko Omega kan? Haa ntah-ntah ko kot lelaki dalam video tu". Lebih kurang macam tu la. Aduh. haha.

P/s: Cuba la tanye James Bond pulak. James Bond pun pakai jam Omega jugak. Siap jadi duta lagi tu. haha

Current mood: Ngantuk, badan pun dah letih.
Listen to: Cinta Kristal - Awie
After this: Tido

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe