19/04/2011

Malam ni di TV2, cerita 3 Abdul dimainkan. Cerita ni dah berpuluh kali atau mungkin dah beratus kali aku tengok. Tapi macam cerita komedi P Ramlee yang lain, tiada pula jemu melihatnya.

Pengajaran penting yang boleh didapatai dalam filem ini ialah, bila membuat perjanjian tu, kene fikir dan kaji betul-betul. Nilaikan kesan dan akibatnya pada kemudian hari. Pastikan perjanjian itu tidak sebelah dan ada unsur-unsur penipuan.

Pernah beli kereta tak? Rumah? Buat pinjaman bank? Kita mesti kene sain agreement. Masalahnya agreement tu, dah macam buku undang-undang, jenuh nak baca semuanya. Rata-rata orang memang tak baca. Terus sain je. Kalau baca pun susah nak faham sebab istilah law yang pelik dan ayat yang berbelit-belit.
Lagipun, masa tu dah tak fikir apa kan? Dah tak sabar nak dapat benda yang dihajati tu.

Cuma bila berlaku konflik di kemudian hari, baru la kita sedar yang sebenarnya agreemnent yang kita sain tu agak berat sebelah.

Current mood: Sakit bahu lepas main badminton tadi
Listen to: Im not okay - MCR
After this: Buat kopi

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List