19/04/2011


Tengah hari tadi, bos aku ajak pergi makan lunch. Aku pun memang agak lapar juga walapun sebenarnya aku sedang berdiet. Esok ada game bola. Lagipun sabtu ni ada "Red Carpet" masa teambuilding nanti. Badan kene fit. Baru smart pakai coat.

Masa sampai kat kereta bos, aku tengok pintu kereta bos aku ada kesan calar. Boleh tahan jugak la calarnya. Then aku tanye la, macam mana boleh kene ni? Bos aku pun tak tahu macam mana benda tu boleh jadi.

"Tak apa la, mesti ada something salah saya ada buat. Setiap benda yang berlaku tu mesti ada sebab. Orang yang kene kemalangan, mesti ada sebab kenapa ada kemalangan. Mesti ada salah yang die buat" tambah bos aku lagi.

"Sebab tu kalau kita kena apa-apa kemalangan, just fikir mesti ada salah yang kena buat..."

Betul juga tu. Insaf aku pada tengahari tadi.

Current mood: Kaki pulak lenguh
Listen to: Jahatnya cinta - Akim n Stacy
After this: Hmmm tak buat lagi kopi ni

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe