12/04/2011


Masa pergi kerja yang kelakar

Aku biasanya keluar rumah untuk ke ofis dalam pukul 6.30 - 6.45 pagi kalau naik kereta. Kalau aku naik motor, pukul 7 pun ok lagi sebab boleh cilok-cilok. Aku pergi kerja melalui jalan kucing terus ke jalan ipoh. Aku pelik, kadang-kadang, walaupun baru pukul 6.45pagi, tapi kereta dah beratur panjang, dari pasar borong selayang sampai PWtC. 6.45 pagi tu. Gelap lagi. Matahari pun tak nampak. Kesian pulak aku tengok diorang yang beratur panjang ni. Pukul berapa la agaknya diorang keluar rumah kan? Kalau hujan, lagi la teruk.

Bayangkan lah, kalau dah pukul 6.45pg pun dah jem teruk. Takkan nak suruh orang keluar pergi kerja pukul 4 or 5 pagi. Gila apa. Ok la, kalau bujang mungkin boleh kalau nak elak jam. Nanti sampai ofis boleh tidur. Tapi bagi yang dah berkeluarga, memang tak mungkin la. Nak hantar anak pergi pengasuh, sekolah. Pengasuh pun pukul 7 baru bangun. Takkan nak kejutkan pengasuh pukul 6 pagi. Lepas tu baru terkial-kial nak pergi kerja. Pukul berapa nak sampai?

Nak harapkan public transport pun tak boleh harap. Tak ikut schedule, lagi pack dari sardin cap ayam, perkhidmatan tunggang-langgang. Aku ada la membe yang berulang dari shah alam ke kl. Aku tanye kenapa tak naik komuter je. Kan senang. Jawab membe aku, tak payah la. Lagi tension jadi nye. Lebih kurang je bro. Dah la kene bersesak-sesak. Dalam tren kene berdiri lagi. Nak berhimpit dengan indon, bangla, niger. Dah la service macam haram. Tak ikut time. Die punye display kat platform tu buat hiasan je. Tak ada function. Baik aku drive.

Dulu aku pernah dapat emel tentang pendapat George Soros terhadap Tun Mahathir. Antara point beliau ialah kenapa Malaysia ni sibuk-sibuk nak buat banggunan tinggi-tinggi sedangkan masalah traffic jam pun tak setel-setel lagi. Aku bukan nak sokong GS, tapi statement die tu ada betulnya. Setelkan traffic jam dulu. Lepas tu baru boleh fikir benda lain. Buat flyover banyak-banyak, terowong, jalan alternatif, dsb. Cuma Malaysia ni asal buat jalan baru yang ok je, mesti ada pacak pondok tol. Tak boleh ke buat jalan yang free. Road tax bayar, saman bayar, cukai bayar, ape lagi yang tak cukup, aku pun tak paham.

Bagi aku masalah traffic jem ni agak serius sebab ianya boleh membawa kepada sakit jiwa. Lebih-lebih lagi kalau hari tu ialah hari malang. Lagi tension jadi nya. Kereta makin hari makin bertambah, jalan raya macam tu juga. Tak payah la buat kempen bukan-bukan macam kongsi kereta. Mengarut je idea tu. Kempen tu sesuai untuk orang yang hidup dalam khayalan.

Baikilah jalan raya di Malaysia dan tingkatkan kecekapan public transport. Biar lah duit cukai itu digunakan pada tempat yang sepatutnya.

Current mood: Berfikir dan terus berfikir. Selagi larat la.
Listen to: Adindaku - Lah
After this: buat kopi la kejap

2 comments:

  1. patut diorg ni ikot spore, dia ny mrt, evry 3minutes ade. so, mmg org prefer nek public transportation. plus sbb parking kt sane mahal giler2. itu faktor pnyumbang gak

    ReplyDelete
  2. Tula, kalau duduk singapore tak payah beli kereta pun takpe. Naik public je. save sket.

    ReplyDelete

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers