04/04/2011


Tahniah diucapkan kepada Shaheizy Sam yang baru sahaja dinobatkan sebagai pemenang anugerah Bintang Popular tahun 2010 selain memenangi anugerah Pelakon Filem Lelaki Paling Popular. Segala usaha beliau terbalas akhirnya.

Aku agak kecewa sebab Lisa Surihani tidak menang. Aku rasa Lisa patut menang sebab die ayu dan menjadi kesayangan ramai. Tapi Sam pun tak kurangnya. Boleh dikatakan jejak paling terhangat di pasaran Malaysia buat masa ni. Tak kisah la. Aku pun memang dah target antara diorang berdua je yang menang. Kalau selain diorang berdua menang, memang aku sukar untuk terima. Mesti undi diri sendiri. hehe


Untuk anugerah kali bagi aku biasa-biasa sahaja. Accepted level. Tidak teruk dan tak menarik sangat. Cuma kekuatannya terletak pada penghujungnya dengan penampilan istimewa Usop Wilcha dari filem Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah. AKu dengan isteri aku ketawa terkekek-kekek bila tengok Usop dengan Johan. Paling lawak bila semua orang angkat tanda setuju sebelum pengumuman pemenag Bintang Paling Popuar. Memang kelakar habis. Cuma masa tu host nampak macam rushing. Yela, nak mengejar masa. Mujurlah, Usop dan Johan sempat menghabiskan lawak diorang. Memang edisi tahun ini akan dikenang sampai bila-bila. Haha.


Tak lupa juga persembahan khas dari Dato' Siti Nurhaliza ala-ala Wonder Girl yang memang comel dan sedap mata memandang. Untuk tahun ini Dato' Siti telah menarik diri daripada  bertanding untuk memberi peluang kepada artis lain. Murah hati sungguh Dato' Siti. Beliau juga pernah membuat tindakan yang sama dalam Anugerah Juara Lagu (AJL). Kalau tidak, setiap tahun mesti beliau menang.

Aku baru ingat nak study pasal Nissan Teana sebab aku yakin Lisa menang. Nanti kalau ada problem boleh la kontek-kontek aku. Sekali Sam yang menang. Takpela. Kensel study la. Haha. Syok la Sam dapat Nissan Teana.

P/s: "Terima kasih juga kepada Dato' Siti kerana menarik diri..." kata Shaheizy Sam. Ada betulnya juga. hehe.

Current mood: Ngantuk sikit.
Listen to: Selimut Hati - Dewa
After this: Baca sikit pasal steering sistem

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers