19/04/2011


Ahad lepas aku temankan member aku pergi ke pejabat jualan Saujana Rawang. Membe aku ni nak survey rumah. Kalau ok, dia kata dia terus nak angkat. Aku pun tak tau dia larat ke nak angkat sebenarnya. Badan pun lebih kurang aku. Macam mana nak angkat rumah. Kalau beli rumah logik la sikit.

Aku fikir ni peluang aku untuk bertanya tentang "Skim rumah pertamaku" yang diumumkan oleh kerajaan pada bulan Mac yang lepas. Bukannya apa, kadang-kadang orang gomen citer lain, pemaju citer lain, orang bank citer lain. Pening dan mengelirukan.

Mesti orang ramai ingat dengan SRP ni, mereka tak perlu bayar satu sen pun. Cuma kene bayar booking sahaja. Lepas tu bank akan bagi loan 100%. Alahai, senang nye dunia. Just recap, SRP ni, bagi keluarga yang berpendapatan RM3000 ke bawah dan bekerja di sektor swasta, layak untuk apply. Pinjaman akan diberikan 100% berbanding 90% sebelum ini. Tetapi terhad untuk rumah RM220k ke bawah sahaja. Aku sendiri pun, bila dengar aku fikir, bestnye tak payah nak keluar cash, kwsp akaun ke-2. Kerajaan dan cover semua. Konon-kononnya la.

Jika anda fikir anda tidak perlu keluar satu sen pun untuk beli rumah dengan SRP, ANDA SILAP! Mengikut penerangan sales person Saujana Rawang tu, dan disokong oleh orang bank, loand 100% sebenarnya untuk harga rumah sahaja. Diulangi, harga rumah sahaja. Kos-kos lain seperti, guaman, insuran, duti setem dsb ditanggung sepenuhnya oleh pembeli. Kos-kos ini semua jumlahnya lebih kurang antara RM 7k ke RM 10K. Ini bermakna nada masih perlu mengeluarkan duit. Loan 100% tu tidak cover kos-kos ini.

Walaupun perlu mengeluarkan duit sendiri, namum jumlahnya tidak sebanyak jika dibandingkan dengan baki 10% yang perlu di top-up jika membuat loan 90%. Kalau rumah tu harganya RM220K, 10% lebih kurang RM22K. Masih boleh save RM12K. Dengan SRP, duit masih juga perlu dikeluarkan.

Hmm secara realitinya, SRP ni golongan sasarannya ialah golongan muda yang baru bekerja supaya memiliki rumah sendiri. Dengan beban ansuran bulanan kereta, PTPTN, sewa rumah, kos hidup, hutang kahwin (bagi sesiapa yang buat loan untuk kahwin), sebenarnya agak sukar nak kumpul RM7K dalam masa yang singkat. Lagipun aku dah survey, kat area Lembah Klang ni, susah dah nak jumpa rumah RM220K yang berbaloi. Rumah kos rendah pun dah boleh cecah dekat-dekat RM200K. Pemaju pula, lepas dengar pasal SRP ni, mereka pun menaikkan harga lagi. Nak selesa sikit, rumah teres kat area pinggir bandar boleh dapat. Tapi kena pergi kerja jauh sikit.

Apa pun, beli rumah seawal mungkin untuk mendapatkan tempoh bayaran balik maksimum supaya ansuran bulanan tidak membebankan.

Current mood: Ngantuk sudah
Listen to: Pelangi - Joanna n Co
After this: Tidur la. Dah ngantuk sangat dah ni

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List