14/04/2011



Dulu masa sekolah, aku ada sorang membe. Dia kata dia cuma tidur dua jam je sehari. Katanya tidur itu membazirkan masa. Yang peliknya kalau tidur dua jam sehari, kat sekolah mesti macam zombie. Tapi caragas je aku tengok. Kalau lumba basikal dengan dia, selalu aku kalah. Sebab kaki dia lagi panjang kot. Nak kata dia amik barang terlarang, tak ada tanda pun. Mata tak merah, cakap tak lalok. Oh ye, membe aku ni genius math.

Walaupun aku tak cek betol ke die tidur 2 jam sehari, tapi aku rasa iya. Aku pernah telefon die kul 3 pagi nak tanya pasal game, die tak tidur lagi. Pelik juga aku. Mungkin die dah setup diri dia maca tu, dan otaknya dah diprogram, so die boleh hidup cara macam tu. Cuma dia kata, kalau cuti dia tidur memang lama. Nak dekat 12 jam. Qada balik kot.

Katanya "tidur itu membazir masa". Ada betul juga kata dia tu. Ok, semua orang ada 24 jam sehari. Katalah 6 jam kene tidur. 8 Jam spend masa kat ofis. Tu belum kira perjalanan, sejam pergi, sejam balik. Dah 2 jam. Baki yang tinggal 8 jam sahaja. Dalam masa 8 jam tu, banyak benda nak kene buat. Sempat ke? Tak banyak benda yang boleh dibuat sebenarnya. Perasan tak, bila kita bz, rasa macam masa tu cepat je berlalu. Kalau yang bercinta, 8 jam itu umpama 8 minit aja.

So baki 8 jam tu terpulang la nak buat apa kan? Bagi yang bekerja 8 jam tu kira ok la. Kalau mat kilang, mat fast food, mat cashier hyper market yang kadang-kadang kene kerja 10-12 jam tu, berapa je baki yang tinggal? Nak dating pun tak sempat. Tu yang sampai kena bercinta dalam satu ofis juga. Nak buat macam mana.

Kalau manusia ni dicipta supaya tidak tidur, kita ada lagi spare 6 jam. At least boleh la cover balik masa yang hilang tu. Tapi, mesin pun akan rosak kalau tak berehat, robot pun boleh putus wayar kalau tak berehat. Lagipun tidur ni untuk maintenance dan repair balik badan yang dah kene lanyak sepanjang hari. Di samping itu, otak juga akan menyusun maklumat masa kita tidur macam defragment hard disk dalam komputer. Ini penting untuk kekuatan memori.

Akhir kata, semua orang ada 24 jam sehari. Tiada seorang pun yang ada hatta 24 jam 1 minit dalam hidup ni. Guna lah masa dengan bijak dan elakkan  menggunakan frasa "aku takde masa, bz sangat" dan jangan lupa tidur. hehe

Current mood: Bese-bese je. Malam ni tak panas sangat
Listen to: Suci Dalam Debu - Iklim
After this: Post lagi. hehe

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers