22/04/2011


Korang mesti pernah kena situasi macam ni, masa korang tengah makan kat restoran mamak, melayu mesti ada datang satu pasangan, biasanya seorang lelaki dan seorang perempuan. Yang lelaki tu mesti buta. Pakaian diorang pun same je. Kalau lelaki tu mesti pakai topi dan perempuan mesti pakai baju kurung. Diorang ni akan jalan dari satu meja ke meja untuk meminta derma. Dulu tak ramai, sekarang ni dah macam trend. Dalam sejam aku duduk, ada la 3 atau 4 couple dengan modus operandi yang sama.

Akun agak musykil sebab lelaki tu nampak sihat walafiat. Yang perempuan pulang kadang-kadang siap pakai gelang emas lagi. Lagipun, yang lelaki buta tu tahu-tahu je nak tadah tangan kat mane. Padahal perempuan tu tak cakap sepatah pun. Kalau betul-betul buta, mesti gaya macam terkapai-kapai. Tangan hulur merata. Tapi yang aku tengok diorang ni memang tangan tadah cantik je depan kita.

Dulu-dulu aku pernah dengar satu cerita kat radio. Lebih kurang macam ni la citer nye, ce citer ce citer:


"Masa kat Alor star, saya tengok ada lelaki tu, sihat walafiat je. Elok lepas turun bas kat Pudu Raya saya tengok die dah jadi buta. Hairan juga saya"

So macam ni la hipotesis aku, diorang ni kebanyakannya datang dari luar kl. Pungut sedekah kat kl. Mungkin diorang beroperasi dalam seminggu dua. Lepas tu balik kampung. Mengikut laporang akhbar, pendapatan pengemis ni purata sehari dalam RM200. Banyak tu. Gaji aku sehari pun tak sebanyak tu. Then diorang tidur la kat masjid ke, hotel bajet ke. Keje pun berapa jam je sehari.

Aku usha je. Diorang ni datang hari-hari. Muka sama je. Masalahnya pergerakan pun cergas. Mana ada orang buta bergerak cergas. Pernah tengok tak macam mana orang buta jalan? Walaupun ada orang papah, at least mesti ada tersadung kalau jalan tu dia tak familiar. Ni relax je aku tengok laki tu lalu celah-celah meja.

Dah la datang minta sedekah masa orang tengah makan. Ada sekali tu, mula-mula aku lepak kat seksyen 3, ada la satu couple ni datang, lepas tu aku gerak pergi seksyen 7 pulak, kat situ pun couple yang sama ni ada. Aku usha je diorang.

Hipotesis aku lagi:

Kat shah alam, diorang akan bergerak ke semua tempat yang jadi port orang ramai. Orang shah alam kan kaya-kaya, student pun ramai. Banyak je port lepak makan kat shah alam yang happening. So diorang akan bergerak ke semua port.

Yang terbaru, port paling best kat uptown shah alam pun dah banyak dah golongan pengemis macam ni. Ada tu, bila aku usha buat muka ketat, diorang tak datang pun kat meja aku. haha.

Memang sedekah tu ikhlas, tapi dengan lakonan 'buta' tu, dah boleh di consider menipu. Kalau sekala sekala tu takpe juga. Tapi kalau dah hari-hari macam dah jadi kerjaya, something wrong here k? Hari-hari menipu orang. Kerja ni pun memang tak susah. Cuma kene berlakon dan tebalkan muka je. Income die, kalah gaji manager syarikat swasta. Kalau nak buat pun, buat kat tempat yang rasa takde orang kenal atau saudara mara. kalau tak, kantoi la.

Pape pun, aku dah lame tak hulur duit kat couple macam ni. Usha dengan muka tak puas hati lagi ada la. heh.

Current mood: kekenyangan
Listen to: TV3
After this: Packing. Sok nak retreat

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List