11/05/2011


Pagi-pagi masa on the way nak ke ofis, aku rasa sangat annoy dan berbulu dengan driver yang bawak slow macam makan angin. Dah la bawak macam makan angin, lepas tu duduk dekat lane laju. Orang dah cucuk dan bagi hi beam pun die buat tak reti je.

Lori dan kenderaan berat pun aku kurang gemar. Kadang-kadang tu siap beriringan lagi. Orang kat belakang dah berderet pun diorang buat hati kering je. Aku rasa tension bila tengok lori cuba potong lori. Bukannya apa, lori tu pun bukan laju sangat. Bila dia nak potong tu, terhegeh-hegeh jadinya. Kalau nak potong pun tunggu la jalan betul-betul clear. Ni tak pasal-pasal orang lain kene tekan brek.

Aku tak paham betul bila dah nampak lampu isyarat tu dah hijau, cuba la cepat sikit. Ini boleh pulak die nak constant speed je. Kalau jalan sibuk takpe, ni kadang-kadang depan takde kete pun. Paling aku tak tahan, brek tanpa sebab. Tiba-tiba je brek. Pada hal kat depan takde ape-ape. Tak tau la kan kalau diorang nampak something yang aku tak boleh nampak. haih.

Bukannya apa, pagi-pagi ni memang masa untuk rush. So kalau pengguna yang pagi tu tak bekerja atau rumah dekat je dengan tempat keje, tolong la consider dengan orang nak g keje. Bukan tak bagi guna jalan pun, tapi consider la sikit. Jangan la buat syok sendiri macam dating dengan awek dalam kete. Orang lain nak kejar punch card. Kalau punch card takde takpe la.

Macam kes aku, kalau naik kete kene keluar sebelum 6.50. kalau tak aku akan sangkut kat area KL, lepas tu dari KL sampai templer tu pulak akan ada banyak driver makan angin dan penting diri termasuk lori dan kenderaan berat. Bila sampai area Rawang lagi la. Buat sakit hati je. Yang slow-slow sangat. Yang setan-setan sangat.

kalau sampai lambat parking dekat takde, kene parking jauh. Nak menapak satu hal lagi. Tu yang aku kejar sangat masa.

Kan bagus kalau pagi-pagi jalan raya jadi macam litar lumba. Semua orang bawak laju. Aku rasa macam kena buat had laju minima waktu pagi la. Tak boleh bawak kurang dari 70 km/h. Mesti best. Waktu perjalanan pun jadi singkat.

Dulu aku pernah drive pukul 3 pagi dari Cheras sampai Rawang cuma 30 minit je. Memang constant 110km/h even dalam pekan Rawang. Kan bagus kalau tiap-tiap pagi macam tu.

Ape boleh buat, skill orang lain-lain. Nak save minyak lagi. Tu yang kene bawak slow. Redah jela, Huhu

Current mood: Tension sebab broadband sengal
Listen to: Nothing
After This: Tido. ZZZZz


0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List