19/05/2011

Dalam bil sekarang dah kene tax 6%. Tapi bila hujan lebat, siaran tergendala juga. Maharaja lawak pulak sengaja buat kat astro warna. Channel Prima dan Ria dilambakkan dengan cerita Indon yang panjang dan meleret-leret macam orang takde kesudahan. Sengaja je citer2 best malaysia disiarkan dalam citra dan warna. Taktik bisnes yang seolah-olah 'memaksa' orang langgan Citra. sengaja nak suruh orang bayar lebih.

Tapi sebenarnya astro tak salah pun. Tu hak diorang. Nothing personal, it's just bisnes. Nak layan, bayar, tak nak bayar tak dapat la layan. Diorang bisnes, bukan buat kebajikan.

Nilah akibatnya bila takde pesaing. Astro masih kekal sebagai satu-satunya penyediaan siaran televisyen berbayar sejak tahun 1996. Tidak ada pesaing selama 15 tahun. Astro memonopoli industri ini secara bersendirian. Disebabkan tiada pesaing, so suka hati diorang la nak wat ape. Takde sape nak counter offer diorang.


Dalam telekomunikasi, kita ada Maxis, Digi, Celcom, U Mobile, Tune Talk. Dari semasa ke semasa, ada je offer dan promo yang diorang buat untuk tarik customer. Setiap offer yang diorang buat mesti base on competitor punye offer. Tak boleh syok sendiri atau ikut kepala sendiri.  Kalau tak siapa nak beli.

Sebelum ada Perodua, tengok macam mana kereta Proton. Design syok sendiri, ada banyak prob, harga agak mahal, service aftersales yang tak mesra pelanggan. Lepas perodua ditubuhkan, barulah nampak peningkatan pada kereta proton. Diorang kene counter ape yang perodua offer. kalau tak sape nak beli.

Tahu tak kedua-dua menara KLCC disiapkan oleh kontraktor dari negara berbeza iaitu Jepun dan Korea. Tun sebenarnya agak licik. Salah satu kontraktor dibenarkan untuk memulakan pembinaan 6 bulan lebih awal. Disebabkan Jepun dan Korea ini mempunyai maruah yang tinggi, so diorang akan berlumba-lumba siapa yang akan siapkan dulu. Akhirnya KLCC disiapkan beberapa bulan lebih awal berbanding dijadualkan.

Banyak lagi contoh lain seperti penerbangan, fast food, servis dsb yang ada ramai pesaing. Bila ada pesaing, pihak yang dapat benefit tak lain tak bukan ialah customer. Ini lah pentingnya kenapa perlu ada pesaing. Tak boleh dibiarkan satu pihak sahaja yang monopoli.

Aku rasa, sudah tiba masanya untuk pesaing astro diwujudkan untung memberikan faedah kepada pelanggan. Sudah terlalu lama astro memonopoli secara sendirian. Astro beyond tiada masalah masa hujan lebat. So, kalau astro beyond boleh dibuat kenapa non-beyond tak boleh dibuat? Pape pun, astro tak bersalah, terpulang kepada pengguna. Nak layan langgan, tak nak sudah, Tengok je siaran free.

Current  mood: Ngantuk dah.
Listen to: Dirty Bit - Black Eyed Peas
After this: Habiskan milo dan tido

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers