12/05/2011

Volkswagen Polo
Volkswagen Golf
Ada membe aku tanye aku siang tadi. Ape beza Golf dengan Polo? Aku pun terfikir sejenak, hmm ape ea beza dia. Dua-dua kereta ni hatchback. So ape yang bezanya ea?

Aku pun korek-korek la kat wiki dan menemui jawapannya. Golf tergolong kategori compact atau small family car. Manakala Polo dikategorikan sebagai supermini atau sub compact.

Ape maknanya ea? Ok la, nak senang paham, compact car ni macam Myvi, sub compact ni macam Viva/kancil/kelisa. Compact ni dah kecik. Tapi sub compact lagi kecik dari compact.

Tapi kalau kita tengok, Polo ni agak besar juga saiznya. Mungkin saiz orang German memang macam tu kot.

Kalau rajin, boleh la baca kategori kereta kat sini.

Current mood: Sakit belakang sket. Banyak driving akhir-akhir ni.
Listen to: Kau terpaksa, aku dipaksa - Scan
After this: Buat milo panas

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe