08/05/2011

Baru-baru ni tiba2 aku tergerak hati untuk korek blog seseorang. Dulu aku pernah baca blog dia. Disebabkan itulah aku rasa nak carik balik sebab mungkin ada satu atau dua bende yang boleh remind aku pasal orang ni.

Cari punyalah cari akhirnya aku jumpa jugak. Thanx to google. hehe. Kalau tengok template tu memang style tahun 2003-2005 punye. Banyak marquee, word lip-lap, susunan table yang tak teratur. Kalau korang pernah terlibat dgn dunia blog pada zaman tu, korang tau kot.

Blog die mmg dah lama ditinggalkan. Last post pada tahun 2005. So yang tinggal pun tak banyak sebab dia ni agak bz, menurut blog tu la kan? haha.Pada masa tu, dia ni muda lagi, masih gila-gila kot. Daripada penulisan die memang aku tak sangka die ni sebenarnya tak ada beza pun dengan kitorang time tu. Hehe. Hmm bila tengok siapa dia sekarang, sebenarnya baca blog lama dia ni agak menghiburkan jugak. hehe.

Aku cuba juga carik blog die yang latest, tapi tak jumpa. Mungkin dah tak aktif kot sebab die pun skang dah lebih bz compare 5 or 6 tahun lepas. Lagipun sekarang die dah berfamily. Dah ada anak, maka make sense jugak la kalao dia kata dia bz. hehe.

Dalam masa tu, aku pun teringat pasal blog lama aku. Aku pun ada jugak blog dolu2. Banyak kisah aku dulu2 ada dalam blog tu. Sebenarnya aku rasa agak malu pun ada sebab terlalu banyak benda peribadi dalam blog. Tapi aku tak pernah terfikir pun nak padam blog tu. Bagi aku, biarlah ia kekal di situ. Stay there in my memory. Aku pun berharap blog tu tak dibuka oleh sesiapa. Cuma bagi sesiapa yang dah lama baca blog aku, mungkin korang ingat lagi kot. Hehe. Kalau rajin boleh carik balik. Mungkin blog aku tu pun boleh mengingatkan kisah-kisah lama korang kan?

Ok, blog orang yang aku citerkan kat atas ialah blog ex-PA aku. Kalau dia ada baca post ni, aku rasa die pun mesti bukak balik blog lama dia ni. hehe. kalau ada la antara pembaca nak carik blog lama aku, gambar di atas sebenarnya adalah klunya. hehe

Current mood: Dah  ngantuk sikit
Listen to: Sehati dan Sejiwa - Nurul dan Ajai
After this: Takde plan nak wat apa

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers