24/05/2011






Walaupun kapal terbang jauh lebih laju dan boleh terbang lagi tinggi berbanding kereta, aku masih lagi minat kereta. Minat aku sebenarnya sangat mendalam. Kalau boleh aku nak tau semua pasal kereta atau pun macam google versi automotif. Orang tanye ape semua aku boleh jawab.

Aku kagum bila tengok macam mana orang-orang dalam Top Gear, Team F1, Pimp My Ride dan sebagainya describe pasal kereta. Aku pernah jumpa engineer Team F1 Mercedes dan Ferrari masa pergi Spain aritu. Aku memang kagum dengan cara diorang jawab soalan dan describe something. Jawapan diorang menunjukkan pengetahuan yang cukup mendalam pasal kereta.

Kalau boleh aku bukan setakat tahu teori, malah hands on experience pun nak tau jugak. Aku teringin nak belajar repair kereta. Nak baraikan satu kereta dan pasang balik. Bagi aku, itu jauh lagi menarik dan lebih melengkapkan diri aku. Kalau ada mana-mana bengkel kereta yang sanggup ambik aku kerja sambilan masa hari minggu pun ok.

Aku kagum dengan orang yang boleh overhaul or repair kereta sendiri. Modify sendiri. Aku pun teringin untuk modify kereta sendiri. Tapi tak reti, takut jadi makin rosak pulak. At leaset kene ada somebody yang expert dok tepi aku then biar aku yang buat.

Aku mungkin tau banyak teori or on paper, tapi bila nak bukak, modify, pasang balik, aku tak reti buat. Aku memang rasa tak puas hati.

Tak tahu la, aku rasa pengetahuan aku pasal auto masih sangat-sangat sikit untuk jadi betul-betul engineer auto. Memang cita-cita aku dah tercapai, tapi bukan pada tahap yang aku betul-betul inginkan....


Current mood: Ngantuk dah
Listen to: Senyum - Malique feat Najwa
After this: Buat air panas jap

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List