07/05/2011

Dah tengok Fast and Furious 5 aka Fast 5? Aku baru tengok hari Khamis aritu kat Central Square JB. Jauh betul tengok movie. Minggu ni aku berada di selatan atas urusan kerja. kebetulan hotel yang kitorang lepak tu kat sebelah CS, maka kesempatan ini digunakan untuk mengisi masa lapang di malam hari. nak lepak Danga Bay, tengok macam byk construction je.

Lepas keluar je dari cinema, persepsi aku ialah cerita ni dah lebih kurang macam Italian Job. Dah bukan pasal racing. Sikit je scene racing dalam citer ni. Itu pun guna kereta polis yang diorang curi.

Kisahnya, geng2 Vin Diesel ni nak merompak kesemua harta orang paling kaya kat Rio De Janeiro. Lupa pulak, scene dalam cerita ni semua kat Brazil. Tapi geng2 VD ni dah jadi buruan FBI. Dah lama FBI ni carik diorang. So once FBI detect location diorang, FBI pun hantar la satu team pro yang diketuai oleh The Rock aka Dwayne Johnson.

Konfliknye sekarang, geng2 VD ni ada plan baik, tapi FBI pulak kacau. Then geng2 orang palingk kaya ni tak puas hati dengan geng2 VD sebab geng2 VD ni attack diorang dulu. So orang kaya ni tak puas hati dan nak protect duit dia daripada geng2 VD ni.

Apa jadi kesudahannya? Kene tengok sendiri la. Yang pasti hero akan menang dan orang jahat kalah. Haha. Kalau orang jahat menang, citer tu mesti ada sekuel sampai la orang baik menang.

Elemen wajib kereta ni macam muscle car, heavy modified racing car, hot sexy babes, lagu hiphop nigga memang ada. Cuma cerita ni dah tak berpaksikan kepada racing. Lebih kepada sekumpulan penjenayah yang nak buat jenayah macam Ocean 11, 12, 13, The Italian Job.

Aku pun tak paham kenapa citer ni jadik macam ni? Mungkin diorang nak buat pembaharuan? or tak nak asik racing aje. orang dah muak? CGI dalam citer ni not bad juga, nampak realistik. masa scene diorang tarik peti simpanan guna 2 kereta. Kalau ikutkan, tak larat kereta tu nak seret bende seberat 30 tan tu. Kalau ada roda ok lagi. Ini siap dah terpelanting2 steady je die tarik lagi. Kalau betul2 jadi macam tu, ramai orang arwah. Berat tu. Kete pulak, sikit pun tak calar. Nampak kilat2 bersih je.

Bagi aku, nama Fast and Furious tak sesuai digunakan untuk filem ni sebab ianya takde racing sgt pun. Tak macam siri-siri sebelum ni. Apap pun, cerita ni ok dan agak menghiburkan. Ada juga beberapa scene lawak yang bagi aku menjadi. Pelakon pun semua ok cuma aweks2 baik dalam citer ni kurus2. tak beberapa seksi. haha

Current mood: Mengantuk giler
Listen to: Pulang lah - Awie Rafael
After this: tido. dah tak larat ni


0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List