07/05/2011


Baru-baru ni ketika aku sedang memandu ke selatan, ada sorang member aku MMS. Die bagi satu gambar print screen FB. Lepas aku tengok betul-betul rupa-rupanya die tengah 'gaduh' pasal isu RON.

Masing-masing nak tegakkan jawapan masing-masing. Masing-masing claim sendiri betul dan orang lain salah. Masing-masing nak tunjuk pandai dan bijaksana.

So member aku ni nak mintak pendapat aku since aku pernah sembang pasal isu ni dulu. Hmm disebabkan aku tengah drive, aku tak dapat nak reply time tu.

Malamnya bila kat hotel, aku baca balik print screen tu, aku tengok hampir semua statement member aku dan orang yang dia gaduh tu tak tepat. Aku tak tau la diorang keluarkan statement based from mane-mane technical reference. Cuma statement diorang ni aku rasa datang dari rumours dan cakap-cakap orang.

Ok la, benda-benda technical ni, jawapan or statement yang dibuat tak boleh dipetik dari langit. Mesti ada principal dan fundamental. Orang-orang teknikal mesti akan mintak bukti, teori, experiment result sebelum fakta tu diakui benar dan boleh diterima pakai. Tapi kalau setakat statement atau testimonial, totally rubbish. Lagi pun setahu aku, geng-geng MLM je yang suka main-main dengan testimonial ni.

Sebelum nak keluarkan statement pasal teknikal pastikan statement tu based from mane-mane teknikal source. Bukan dari rumours dan kata-kata orang. Paling penting, faham dulu fundamental sesuatu benda tu dulu. Baca buku, bukak website yang reliable. Bukan dari forum-forum semata-mata. Bukan nak cakap info dalam forum tak betul, ada jugak yang betul dan ada link yang reliable, cuma kebanyakan info daripada forum adalah dari rumours dan cakap-cakap orang. Bukan semua orang dalam forum tu datang dari engineering atau technical background. Takut banyak info salah je.

Pasal RON ni, make sure faham dulu, property fuel tu, faham betul-betul terms internal combustion engine. Dah betul-betul faham baru la boleh senang sikit nak faham pasal RON ni.

RON tiada kaitan dengan performance. Performance bergantung kepada ketumpatan fuel tersebut. Lagi tumpat bermakna lagi banyak hidrokarbon dalam isipadu fuel. Lagi banyak hidrokarbon, lagi banyak tenaga akan dibebeaskan.

kenapa ada RON? sebab nak cover pelbagai engine compression ratio dalam pasaran. Kereta-kereta biasa compression ratio rendah, so tak perlu RON yang tinggi. kereta-kereta high performance CR tinggi, maka perlukan RON yang tinggi. kalau tak akan berlaku knocking dalam engine. CR ada kaitan dengan power. Lagi tinggi CR, lagi besar kuasa yang dihasilkan. Sebab tu sports car kene guna RON tinggi. Sebab CR die tinggi. Bukan sebab RON. RON tu cuma indicator fuel resistant terhadap compression.

Ok la, nak tau lebih lanjut, carilah info lagi, tapi jangan terlalu percaya sangat apa yang ada dalam mana-mana forum. Baca dari sumber yang boleh dipercayai.

Hati-hati la bila keluarkan statement ye

1+1 = 2
Walaupun satu billion orang kata salah, tapi jika itu adalah faktanya memang itulah faktanya.

Current mood: Panas. Dah tengah hari
Listen to: TV3
After this: Mandi kot. Peluh2 dah ni

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers