17/05/2011





Satu-satunya kebaikan yang dioffer oleh kereta auto ialah kesenangan tanpa perlu main clutch. Cuma perlu tekan minyak (accelerator) dan brek. Tapi secara teknikalnya auto transmission ni sebenarnya agak menyusahkan.

1. Binaan yang rumit. Banyak menggunakan hidraulik. Gearbox, torque converter. Bukan senang nak buat litar hidraulik yang halus-halus ni. Sebab tu auto gearbox ni kalau rosak, elok beli baru je. Kos nak dekat sama. Lagipun tak ramai mekanik pakar dalam repair auto gearbox ni.

2. Kene ada ECU sendiri. Dah tambah kos lagi. Nak setup ECU ni bukan senang. Tugas ECU ni menggantikan driver bile nak shift gear. Sebab tu korang tak perlu tukar gear sebab ECU ni dah tolong fikir dan tukarkan untuk korang.

3. Clutch digantikan oleh torque converter dan torque converter menggunakan konsep hydromechanics. Bendalir digunakan sebagai medium penggerak. Torque converter ni akan berlaku slip dan menyebabkan power loss. Sebab tu, acceleration dan top speed kete auto takkan beat kete manual (kete yang sama).

4. Kalau korang malas nak shift ke 'N' masa benti dan maintain kat 'D', maka korang terpaksa tekan brek. Ini akan menyebabkan brek cepat haus dan menyebabkan kereta bergegar bila korang tekan brek kerana disc haus tak sekata.



5. Setiap kali nak memotong atau naik bukit, kene tekan full throttle supaya ECU akan drop gear (slalu program macam tu). Kan dah bazir minyak tu. Tapi kete macam tak beberapa nak pergi.

6. Kurang atau hampir tak ada engine braking. Engine braking ni nak senang faham, perasan tak masa turun bukit, akan ada sign board "Sila gunakan gear rendah". Ada sebabnya. Ini kerana, gear rendah kete manual mempunyai momen inersia yang besar untuk counter road load masa turun bukit. Bila korang guna gear rendah, kan ada rasa macam brek. kete auto hampir tak ada, so agak berisiko masa turun bukit.

Aku sebenarnya tension sebab susah nak analisis gear auto ni. banyak table dan input yang kene refer dan aku tak ada benda-benda tu. So tak dapat la aku solvekan problem. Dah la susah nak faham, analisisnya tak semudah gear manual. Memang gear auto ni membebankan otak aku je. Huhu. Susah nak kira acceleration performance dan fuel consumption. Memang ada website yang dah siapkan kalkulator, tapi aku nak tau macam mana diorang kira. Tak boleh terima bulat-bulat coz kalau orang tanya aku boleh explain. Barulah puas hati.

Tapi untuk perempuan, aku cadangkan beli je la auto. Biar ECU je yang tolong tukarkan gear. Tak payah susah-susah nak kalut masa jem or naik bukit.

Anyway, aku still tak dapat setelkan task aku dan dateline dah makin dekat...

Current mood: Ngantuk sket
Listen to: Hot.fm
After this: Post satu lagi la





0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe