18/05/2011

Mula-mula mesti orang ingat ianya cuma kes budak-budak nakal je. Tak pun kes cemburu atau khianat. Tapi bila dah sampai 23 orang jadi mangsa, kes ini tidak boleh dipandang ringan lagi. Banyak tu, 23 orang kene simbah asid.

Aku rasa penjenyah ni boleh berbangga sebab polis masih gagal lagi menangkap beliau walaupun mangsa beliau agak ramai. Modus operandi senang je, naik motor, nampak awek cun sorang2 kat tempat sunyi, terus simbah asid. Simple, sape2 pun bloeh buat. Lagi simple daripada ragut. Risiko kene tangkap pun kurang.

Aku terfikir, kenapa penjenayah ni target perempuan sahaja atau perempuan cantik secara spesifiknya? Mungkinkah dia berdendam terhadap perempuan cantik, atau rasa suka kalau dapat 'usik' perempuan cantik? Kenapa die tak berani simbah kat laki ye? Kalau kene simbah asid sama je efeknye. Ok, la mungkin lelaki response lagi cepat dan mungkin akan sempat cam suspek. who knows?

Gambar di atas adalah lakaran wajah suspek, namun ada seorang lelaki yang mirip wajah di atas telah melaporkan diri ke balai polis untuk menafikan yang beliau adalah suspek. Setakat ini tiada tangkapan dibuat dan lelaki ini terus berleluasa di luar sana.

Maka kepada gadis, perempuan atau wanita yang rasa dirinya cun, anda perlu lebih berhati-hati. Penjenayah masih ada di luar sana. Pakai helmet jika perlu walaupun anda hanya berjalan kaki.

Current mood: Ngantuk sket
Listent to: ST12 - Jangan Pernah Berubah
After this: Buat milo


0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe