08/05/2011

Esok adalah pertemuan penting untuk kedua-dua pasukan. Keputusan perlawanan ini akan menentukan siapakah akan menjadi juara EPL season ni. Lepas match esok, ada 2 match je lagi. Beza point sekarang cuma 3. kalau MU menang, MU cuma perlu menang satu match je lagi. Boleh celebrate awal. Tapi kalau seri atau kalah title race ni akan berterusan sampai perlawanan akhir season ni.

Berdasarkan result match lepas2, MU sebenarnya agak sukar untuk menang perlawanan dengan team big four; Arsenal, Liverpool, Chelsea. Cuma MU still ada kelebihan sebab match esok akan berlangsung di Old Trafford. Diharapkan kesempatan ini akan digunakan sebaik mungkin.

Prestasi chelsea begitu konsisten pada awal musim. Lepas tu jadi tak menentu pada tengah musim dan kembali konsisten pada penghujung musim. Ramai yang jangka, perebutan akan berlaku antara MU dan Arsenal. Tapi pada penghujung musim, kedua-dua team banyak hilang point dan akhirnya dikejar oleh Chelsea.

Sebagai Fan Mu mesti la aku nak MU menang sebab peluang untuk menang champions league agak sukar kerana bertemu Barcelona. Untuk mengelakkan Trophy-less season ni, maka kene secure EPL title dengan kemenangan esok. Lagi cantik kalau menang dua-dua sekali gus.

kalau menang, hari isnin aku boleh ke ofis dengan lega, kalau kalah memang kene saiko la dgn geng2 anti-MU. kalau seri, ok, takde pape yang perlu dirisaukan sebab MU still 1st. hehe

Current mood: Bese-bese je
Listen to: Jessie J - Price Tag
After this: Another post

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe