07/05/2011

Kalau tak silap, kita mula dimomokkan dengan NOS ni sejak kemunculan filem Fast and Furious sekitar awal millenium. Then kehebatan ni terus dipropagandakan dengan kemunculan video game Need For Speed Underground yang menjadi kegilaan remaja suatu ketika dulu. Kat U dulu, boleh dikatakan setiap PC ada game ni.

Secara umumnya, kita telah disaiko bila kita guna NOS, kereta akan jadi macam pelesit dan laju semacam. Even, bila kita tengok tabung NOS pun kita dah saiko semacam. Kagum tak hengat sebab boleh imagine la bila NOS tu digunakan. Sampaikan tengok motor kapcao yang ada sticker NOS pun kita boleh rasa tergugat. Haha.

Tapi tau tak macam mana NOS ni berfungsi? Lepas tgk Fast 5 ni, tiba-tiba aku tergerak nak wiki. Maka ni adalah penerangan yang paling simple dan mudah difahami:


NOS adalah dalam bentuk cecair yang terdiri daripada sebatian Nitrogen dan Oksigen. Bila dipanaskan, cecair ni akan bertindak balas dan sebatian Nitrogen dan Oksigen ni akan terpisah kepada Nitrogen dan Oksigen. Extra oksigen akan digunakan untuk pembakaran. Lebih banyak oksigen, maka lebih banyak fuel akan dibakar dan menghasilkan lebih banyak tenaga. Begitulah konsep NOS secara asasnya.

Untuk lebih lanjut, google sendiri la ye. hehe

Current mood: Lapor2. Nasib baik wife dah masak
Listen to: Hot.fm
After this: Makan Makan Makan

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers