17/05/2011


Mula-mula lagu tema NK yang dinyanyikan oleh Tiz dan yasin aku macam dengar tak dengar je sebab nampak macam promo biasa. Sambutan yang teramat la hangat terhadap edisi drama telah melahirkan filem ini.

Lam-lama aku rasa macam sedap pulak suara Tiz. Then sekarang aku agak suka sebab suara Tiz macam kena je dengan lagu ni. Suara dia seolah-olah menghidupkan aura filem ni.

Berdasarkan review dan leaks filem ini merupakan filem sedih. Malah, korang dinasihatkan bawak tisu banyak-banyak semasa tonton filem ni. Hmmmm. Walaupun aku agak suka OST filem ni, tapi tak bermakna aku akan tengok. Drama dulu pun aku tak ikut sangat walaupun ramai orang sekeliling aku lelaki atau wanita yang ikut.

Aku tak suka tengok citer sedih sebab bagi aku boring. Lebih banyak guna emosi berbanding IQ. Aku lagi suka cerita yang kita kene fikir. Aku rasa filem ni mesti ada ayat bunga yang berjela-jela. Sure aku akan tertidur macam citer Twilight. Sebab tu citer2 macam ni aku bagi je wife aku tgk dengan geng2 die.

Walaupun tak pasti sama ada aku akan tengok atau tak, tapi aku harap filem ni tak akan menghampakan peminatnya yang berjuta di Malaysia, Singapura dan Brunei. Cuma kalau ditakdirkan aku tengok, InsyAllah aku akan post kat dalam blog ni :)

Selamat menonton khamis ni (19 Mei 2011)

Current mood: Agak sejuk, tapi tak sejuk sangat.
Listen to: Fuhhhh
After this: Post lagi

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers