24/05/2011

Sehingga post ini ditulis, aku masih belum menonton Nur Kasih The Movie (NKTM). Wife aku dah tengok hari tu. Markah yang diberikan sangat la tinggi (4.5/5). Majoriti yang dah tengok filem tu, semua bagi rating yang hampir serupa. Komen-komen ini datang dari kedua-dua jantina. Maksudnya ianya boleh diterima baik oleh kedua-dua jantina. hehe. Kurang la komen-komen negatif. Kalau ada pun pasal letupan? Tak tau la aku.

Then wife aku share video kat bawah ni:


Tanpamu hidup jadi sunyi
Tanpamu ku seakan mati
Tanpamu bagai malam tanpa bintang

Tanpamu aku kan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti

Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan takkan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu

Tanpamu nafasku terhenti
Kernamu ku ada di sini
Tetap bersamaku
Selalu disampingku
Untuk selamanya


Kasih yakinlah kepada diriku
Sayang dan cintaku pun hanya untukmu
Dan takkan berubah untuk selamanya
Cintaku padamu


Pergh memang layan betul lagu die. Meremang bulu roma aku masa first time dengar. Walaupun aku tak tengok lagi, tapi aku boleh hayati apa yang disampaikan dalam lagu ni. Kesedihan yang di bawa oleh lagu ini sama macam lagu Perpisahan (Anuar Zain) dalam filem SEPI.

Lepas dengar lagu ni, aku rasa memang patut aku tengok filem ni. Ok, aku akan cuba tengok dalam masa terdekat ni. huhu.  Pape pun enjoy dan cuba la feeling. Oh ye, aku rasa lagu ni la banyak buat orang menangis kot :p

Current mood: Ngantuk betul
Listen to: Tanpamu - Sabbhi Saddi feat Elena
After this: Tido....zzzzz





2 comments:

  1. sy bg 2/5 kot. nur kasih the series sgt2 best. so, those yg folo, mmg ckp citer ni best. siape yg xtgk..agak blurrr la jgk..hehe

    orange *_*

    ReplyDelete
  2. memang la. sebab tu sy tak tgk sebab saya tak follow drama. tapi lagu ni memang feeling. hehe

    ReplyDelete

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe