02/10/2011



Zaman sekarang budak2 sume berangan nak jadik artis. Yela tak payah blajar tinggi-tinggi, femes, dilayan macam VIP, boleh kawen dato'. Daripada kecik lagi dah ada unsur2 yang mengagungkan artis ni. asal boleh nyanyi sket2 je dah berangan nak jadi artis.

Tapi kan, setahu aku artis ni insan seni. Maksudnya jiwa die memang jiwa seni. Yang aku paham seni tu macam ada kemahiran artistik sepereti melukis, mengukir, bersastera. Adakah pelakon dan penyanyi boleh dipanggil artis? Dah nama pun artis dan pelakon, panggil jela artis dan pelakon.

Ok, so apa yang membuatkan korang panggil seseorang tu artis? berlakon satu atau dua drama, walaupun watak tempelan dan filem tu tak laku mana pun or kuar satu dua lagu kat radio, masuk majalah sikit-sikit dah dikira artis?

aku rasa memang poyo la kalau stakat berlakon satu or dua drama then lagu pun ada satu or dua tapi dipanggil artis. dah la tak sepatutnya dipanggil artis, tapi lebih tepat lagi pelakon or penyanyi. Berlakon dan menyanyi ni boleh dikatakan sebagai satu cabang karrier jugak. bila digelar karrier, maknya kene sentiasa la bergiat cergas dan terus menerus. baru la boleh digelar pelakon or penyanyi sebab jiwa die memang ada kat situ. jiwa ni bermaksud memang die dilahirkan untuk hidup dalam bidang tu. kalo stakat berlakon or menyanyi sume orang boleh. takde masalah, tapi ada beza la kalau orang tu memang born to be.

Perlukah kita rasa hebat bila kawan dgn orang rasa die artis walaupun takde la artis sangat pun. Poyo betul rasanya dgn orang rasa macam ni. Bila cerita tu macam la kawan die tu artis standard hollywood. Padahal baru je sekali dua muncul kat media.

Satu lagi, kat malaysia ni bila jadik artis mesti dapat layanan vip, rasa diri tu macam orang kuat or penting. Kene respek kat die. Sekarang ni senang2 je dapat dato' padahal takde la menyumbang sangat kepada kemajuan masyarakat dan negara.

Yang paling aku tak gemar, masa muda enjoy gile2, lupe diri, masa senang tak beringat then bila dah tak laku, dah tua mula la mintak bantuan sana sini dengan alasan dulu die artis. come on la, besar sgt ke jadik artis ni?

Aku bukannya ape, terlalu berleluasa hiburan kat malaysia ni sampai orang2 muda berebut nak jadik artis. bile tengok audition or realiti tv tu sampai menangis2. Gile bodo je tengok. Yang buat keje bodo pun banyak masa audition. dah pulak tu, pakai seksi gile, skali tengok2 mak bapak pakai kopiah, tudung labuh. Ayat yang paling aku tak boleh blah,


"saya nak jadik artis sebab nak ubah nasib keluarga"

ayat murahan gile. banyak lagi cara lain yang lagi mulia nak ubah nasib keluarga, cuba kita tengok artis2 hari ni, lepas diorang femes, ada berubah famili diorang? ok la mungkin ada sorang dua. Lagipun bape lame je bleh tahan jadi artis ni esp realiti TV punya artis. Tak payah nak poyo la nak cakap jadik artis nak ubah nasib keluarga. Baik belajar betul2 carik keje yang elok tak pun buat bisnes yang halal dan tak payah kencing orang mcam MLM, baru nampak mulia sket nak ubah nasib keluarga.

Cukup2 la artis kat malaysia ni. Yang ada pun tak beberapa laku, nak ditambah lagi buat apa.

Current mood: Lenguh taip panjang-panjang
Listen to: Jangan Lafazkan - KRU
After this: Buat milo

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe