03/10/2011

 

Walaupun dah 4 tahun berlalu, tapi aku masih ingat lagi peristiwa ni. Takde niat nak dendam ke ape, cuma bese la, tiada luka yang tidak akan tinggalkan parut. Bak kata aliyah, "kadangkala aku terkenang...".

Aku masih ingat lagi, aku sms ex aku, aku tanya dia kat mana. Then die jawab die dok bilik je. Masa tu aku baru balik kelas, ingat nak rehat dulu before g makan dgn membe. Tapi ntah macam mana, aku rasa lapar sangat. Nak tunggu membe mesti diorang sume nak mandi2 dulu.

So aku pun start moto n pergi la cafe sorang diri. Aku terus la pergi ke kedai faveret aku. Lepas dah bayar n nak ke motor, ntah macam mana aku terdetik nak pandang kiri, aku nampak ex aku tengah berbual2 dengan sorang laki. Aku tak kenal. Untuk kepastian, aku sms la ex aku. The moment die angkat phone die, kemarahan aku memang tak dapat ditahan lagi.

Ape yang berlaku selepas tu, aku tak nak cerita sebab bende dah lama berlalu. Cuma kalau korang kat tempat aku apa yang korang rasa? Dikhianati? Bengang? Tension? Sedih? Kecewa? Rasa nak tembak sekor2 dgn senapang? Sure korang boleh bayangkan kan?

Hari ni berlaku satu peristiwa yang lebih kurang peristiwa di atas. Cuma yang buat aku terasa hati ialah best friend aku sendiri, ally aku yang terkuat skali.

Sejak kahwin, aku dah dok KL, jarang balik shah alam. Cuma bila aku balik shah alam, aku tak pernah miss ajak besf friend aku ni lepak. Mesti die orang pertama yang aku tanya dulu. Tapi 90% daripada pelawaan aku die tolak means die tak lepak la. Ada je alasan n urusan die. Well, takde masalah bagi aku sebab masing2 ada life masing2.

Sejak semalam lagi, aku dah ajak lepak. Yela bukan slalu jumpe, kene pulak best friend sejak skolah, mestila banyak benda yang nak borak. Tapi macam biasa la, ada je urusan die. Letih la, tadi ada hal la. Ok la takde masalah. Itupun aku pujuk jugak ajak jumpe tu.

Sampai aku dah sampai kedai mamak pun aku still ajak lepak lagi. Tapi katanya die baru balik dari somewhere n nak berehat. Ok la, aku faham walaupun ada rasa sikit kecewa, aku lepak je dengan membe aku sorang lagi.

Lepas lepak dgn membe aku sorang lagi ni, masa otw nak ke kereta aku, aku ternampak la kete membe aku ni. Mesti dia ada kat area ni jugak. Tapi mungkin jugak adik die pinjam kete die kot. 

Mungkin Allah tu nak tunjuk kot, rupanya best friend aku tadi ni, makan betul2 depan kete aku, bukan betul2 depan, tapi memang bertentangan dengan kete aku. So korang boleh imagine tak ape yang aku rasa? Sama macam kes ex aku dulu, aku sms die. The moment die angkat phone, aku terus pecut kete aku.

Aku tak tau kenapa semua ni berlaku? Mungkin sebab Allah nak tunjuk kot yang selama ni aku berilusi je kot. Peristiwa ni menyebabkan aku terfikir balik semua perkara sebelum ni... aku kalau boleh tak nak fikir sebab  best friend aku ni banyak tolong aku sejak skolah lagi sampai la aku dah keje ni pun tapi perstiwa yang berlaku tak dapat halang aku daripada aku tak fikir....

Dulu masa aku masuk hospital sebab denggi best friend aku tak datang pun melawat aku padahal die tau dan hospital dekat je dgn rumah die. Then, masa aku accident ari tu die tau gak, tapi tak datang melawat pun. Masa wife aku warded 10 hari, die tak teringin pun datang. Tanye khabar pun tak. Tapi kalau aku dengar je best friend aku ni sakit, aku mesti akan datang melawat. Ok, bukan aku nak berkira or mengungkit, tapi aku nak cakap tentang nilai persahabatan. Kepercayaan aku terhadap best friend.

Yang paling aku sakit hati skali, bila aku fikir balik selama ni aku je yang ajak die lepak, die jarang sangat ajak aku lepak. Aku rasa macam aku terhegeh2 ajak die lepak. Kadang2 aku rasa macam dia terpaksa je lepak dengan aku....

Aku sangat hargai best friend aku dan aku seboleh-boleh nye takkan menghampakan best friend aku, tapi apa yang berlaku malam ni, aku tak boleh berfikir daripada rasa dikhianati dan buatkan aku terfikir selama ni macam aku sorang je anggap die best friend, tapi bagi aku sebenarnya membe bese je. Tak kira apa juga alasan, fundamentalnya aku rasa tertipu dan dikhianati dan luka ni memang susah nak sembuh.....ok fine....

Current mood: Rasa dikhianati sangat2
Listen to: Nothing
After this: Solat, lepas tu tido

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List