17/10/2011

Pada suatu hari ahad di ofis....

" Gruukk gruuk gruuuk"

Perut ku berbunyi menandakan lapar. Naka tapau malas pulak. Aku pun ambil la beberapa keping syiling dalam meja aku dan menuju ke "starbuck".

Macam sedap je roti krim ni. Aku pun masukkan 70sen. Lepas tekan kod, roti tu pun tergolek-dog jatuh.
Seterusnya ialah membeli air pulak.


Aku selongkar poket aku. "Alamak, ada 40 sen je". Dan dan tu pulak hujan turun dengan lebatnya. Takde orang pulak kat starbuck ni. Kalau tak boleh pau seposen.


Air kopi paling murah pun 50 sen. Aduh, nak patah balik pergi kat meja hujan pulak. Lagipun bleh tahan jugak jauhnye.


Then aku teringat, dulu kalau ada duit balance dalam tempat coin balance tu, orang akan letak atas vending machine. Tak tau la nak dikira wakaf ke tak kan? Lagipun setakat seposen apa la sangat. Biasanya memang orang takkan berkira pun. Aku pun selalu jugak dipau seposen dua kat sini.


Lantas aku panjat bangku dan meninjau di atas vending machine. Yezzza, aku ternampak 3 ketul syiling. Then aku raba-raba, mula-mula aku dapat 20 sen. Tapi tadi aku nampak macam ada seposen. Aku letak balik 20 sen tu, aku raba skali lagi, dapt seposen. Dah berhabuk. Macam dah lama terbiar atas tu je.


Lepas aku dapat seposen tu, inilah akibatnya (sila rujuk gambar di atas). Maka dapat la aku menikmati roti dan kopi di bawah pondok starbuck di kala hujan lebat. Layannnzz.. sambil tangan ku surf internet di handphone.

Current mood: Rasa panas la malam ni.
Listen to: Cherrina - KRU
After this: Tak decide lagi

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers