27/10/2011


Rasanya dah 6 bulan lebih aku beli DVD ni kat pasar malam. Tapi tak terlayan lagi. Pagi ni terjumpa balik dan aku takde benda nak buat. Ape lagi, layan la.

Sebuah cerita yang menarik. Sangat menarik. Bukan mudah untuk sampai tahap FB skang. Mcm slogan dalam gambar di atas.

Idea untuk buat FB bermula selepas Zukenberg di dump oleh awek die.Ok, originally bukan idea dia. tapi facemash yang die buat tu menarik perhatian kembar dua orang tu. then dari situ dia dapat idea. walaupun kat sini berlaku mcm pengkhinatan.

apa yang aku nampak mark rasa die lagi power daripada kembar tu. so kenapa dia perlu kerja bawah diorang. baik die buat sendiri. modal yang diperlukan hanya 1000 USD je.

Lepas die dah gang dgn Sean Parker (napster founder), kawan die saverin pulak die tinggalkan. Bukannya apa, dalam company tu, tak boleh ada passenger. masing-masing ada kene ada peranan. kena pulak lepas tu kawan die freeze kan duit dalam account.

Cerita pasal saverin tu sama macam cerita victoria secret yang sean citer masa kat disko tu.

Mula-mula aku tak sedar pun yang cerita tu sebenarnya dalam situasi mark sedang dalam perbicaraan. Tu yang berlaku kekeliruan. Masa tengah2 cerita baru aku dapat tangkap situasi sebenar.

Bagi aku, apa yang kembar dan saverin tu buat memang patut sebab mark tak patut aniaya diorang. in the end, walaupun die kene bayar kat diorang, tapi bak kata pekerja firma guaman tu, mcm bayar speeding ticket je, consider dengan kekayaan yang die ada.

Banyak quoates yang best dalam filem ni. tapi dah tak ingat sebab diorang cakap laju sangat.

Di Harvard, student diorang lagi prefer buat kerja daripada cari kerja. nak jadi mcam mark ni memang kene genius. kelas tu sebagai syarat je.

Putus cinta tu sebenarnya akan 'trigger' satu semangat baru pada manusia, terpulang lah kepada manusia tu mcm mana nak menggunakannya. Dan mark telah menggunakannya dengan baik.

Untuk cerita ni aku bagi 4.5/5. Sangat menarik dan memberikan inspirasi. Bukan mudah untuk berjaya. mana ada berjaya dengan hanya angan-angan sahaj

Current mood: Bese2
Listen to: citer robot rajnikant
after this: tak decide lagi nak buat apa


0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers