02/11/2011



Masa kecik dulu aku bila aku tgk kapal terbang aku slalu fikir, macam mana ea kapal terbang ni boleh terbang? Dengan body yang besar bagak tu, tapi selamba je terbang. Aku yang ringan ni pun tak boleh terbang.

Dulu ayah aku keje askar kat TUDM sungai besi, kadang-kadang tu dapat la juga tengok kapa terbang landing and takeoff. tapi itu pun dari jauh.

Sekali sekala parents aku bawak tepi subang airport. kitorang duduk tepi jalan yang betul-betul sebelah landasan kapal terbang. saja nak tengok kapal terbang. Bukan kitorang aje. Ramai yang buat macam tu. Masa mula-mula aku takut jugak sebab tengok laju semacam. Bunyi pun memang kuat tak ingat.

Sama jugak masa landing, cuak aku tengok tayar kapalterbang touchdown. Yela, risau patah je.

Tapi selama 25 tahun hidup aku tak pernah naik kapal terbang sampai tahun yang ke 25. Aku dihantar ke jepun oleh company aku. Masa tu la 1st time aku naik kapal terbang. Dah la aku 1st time pergi oversea (singapore tak kira. hehe).

Baru aku tau dalam kapalterbang memang sempit. duduk kelas ekonomi je. dapat tengok la macam mana kerja pramugari dan pramugara. Aku masa tu macam tak percaya je aku duduk dalam kapalterbang, Tapi flight tu delay sket. Aku dah tak sabar nak terbang ni. hehe.

Walaupun aku tak pernah naik, tapi aku boleh imagine apa yang akan berlaku, cuma nak experience je.

Masa kapal terbang tu full accelerate, takde la terasa teruk sgt. Mungkin sebab kapal tu besar kot. Lagipun tak nampak depan. The moment kapal tu levitate, aku dah rasa excited, Then bila makin tinggi, aku tengok tingkap aku jadik gayat. Aku rasa aku tak pernah berada tinggi macam ni, Hehe

Setahun lepas tu, aku pergi Barcelona pulak, naik 4 flight kali ni sebab transit. Tapi kali ni lagi excited sebab pergi Europe. Lagi la macam tak percaya.

Skang, walaupun aku dah tau konsep macam mana kapal terbang ni boleh terbang, aku still rasa kagum dan anggapnya macam magic dgn pura-pura tak tahu. Hehe.

Aku memang mengkagumi kapal terbang. hehe




Current mood: Ngantuk dah
Listen to: Gurren Lagann OST
After this: Tido le....

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List