12/11/2011

Gambar hiasan

Pada suatu hari selepas balik dari Plaza alam sentral, aku tengok kat kereta aku ada saman. Chikusso betol. Dengan hanginnya aku amik saman tu. Nilai saman yang perlu dibayar ialah Rm180. Chikusso sekali lagi.

Aku kene saman parking. Masalahnye dah bape tahun, memang orang parking tepi jalan, tak pernah pulak kene saman. Dan dan pulak aku kene. Dah la hari sabtu petang. pukul 5. Memang tak puas hati btol. Ape boleh buat, sudah suratan takdir kot.

***********

Then malam tu aku terfikir balik kata-kata yang pernah disampaikan kepada aku suatu ketika dulu...

" Kalau kita kene musibah tu maksudnya ada la something wrong kita buat. Kadang-kadang kita tak sedar. kalau kita hilang duit ke, hilang harta ke, maksud die harta tu bukan milik kita"

"Tak semua pendapatan kita tu bersih sebab kita bukan betul2 kerja dengan bersih"

"sebab tu kita kene sucikan harta kita dengan sedekah, zakat, bagi orang makan"

"Kalau bukan hak kita, memang akan hilang, so nak hilang cara dapat pahala atau tak dapat apa-apa"

Maka, aku consider saman ni sebagai harta yang bukan hak aku sebab, aku tak betol2 penuhi masa bekerja. Kira duit ni kurang berkat sket la. Bese la, mane ada orang keje perfect ngam2 masa bekerja. mesti ada curi tulang or ngulor sket. hehe. Kire aku redha jela. bayar je la saman.

Current mood: Segar lagi ni
Listen to: Patah seribu - Sheila hamzah
After this: Main game


0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe