03/11/2011


Pernah la suatu hari aku tanye kat member aku, "kenapa kau takde fb? Buat lah, senang sket nak update"

"Ah, tak nak la aku. Nnt buat gaduh je. Fb ni nak dapat kawan senang, nak gaduh pun senang" jawab member aku.

"Takde la, kalau ada FB boleh la kau jumpe membe2 lame balik. Takkan kau tak nak jumpa membe lame?" balas aku.

"Takpe la, kalau terjumpa, jumpa la. Daripada jumpa kat fb kang ungkit2 balik kisah lama, buat gaduh je nnt",  jawab membe aku.

***********

Betul jugak cakap membe aku. Social network ni nak kawan senang, nak gaduh pun senang. Tapi orang tak beberapa nak tahu pasal ko kawan dengan sapa. Orang lagi suka amik tahu ko gado dengan sape dan pasal ape. Wayang free. Sape tak nak.

Bukannya ape, bila kita sound or sindir orang dalam FB, rasanya ibarat macam kita sound orang depan public. Ramai yang free-free je boleh baca. Kalau silap sindir, nnt orang lain pulak terasa. Dah jadik makin merebak.

Aku dah tengok beberapa orang gaduh kat FB sampai bawak keluar. Bagi yang dah  jenis setel dalam FB je ok la. Bila jumpa kat luar buat mcm takde pape ok la. Tp sampai berlarutan yang susah. Bila dah gaduh, byk la bende yang tak sepatutnye heboh, dah ramai orang tau.

Aku sendiri pun pernah jugak la gaduh kat Fb ni. Masa gaduh ni mmg tak ingat. Ape je yang terlintas kat kepala je aku tulis. Lepas dah reda isu, bila tengok balik post2 aku tu, rasa macam bodoh je.

Cuma akhir2 ni, aku buat silap lagi sebab byk sgt bangkitkan issue politik. Isu yang sangat2 sensitif. Macam bese la, masa nak share link tu tak pikir sgt. Bukan semua sependapat dgn kita. Lepas dah lama tu, baru aku fikir, bende ni mmg boleh buat gaduh je. Kalau nak cakap pasal politik ada tempatnya, tapi bukan kat FB sebenarnya, unless ko memang politician. Nak bincang pasal politik boleh pergi kat blog or forum.

Aku agak kerap akhir2 ni update pasal politik sebab aku memang tak puas hati dengan kerajaan skang. Cuma lepas tu aku fikir balik, takde faedah pun sebenarnya. Maksud aku takde faedah yg besar sebab bukan sume orang akan percaya kat link tu.

**********

Sebenarnya dulu masa takde FB, aku rasa life lagi ok kot. Banyak aktiviti yang aku dapat buat. Lepas ada FB ni asik nak mengadap bende ni je sampai bende lain tak buat. Nasib baik la aku dah grad. kalau tak lagi pening.

Aku dah cuba kurangkan untuk spend masa depan FB ni, tapi tak berjaya. Sebab bila ada internet rasa macam takde bende lain nak cek selain FB.

Cuma sekarang ni aku berjaya dapatkan balik mood main game aku. So diharap aku dapat alihkan perhatian aku daripada FB dan lebih tumpukan kepad gaming. Stock movie daripada membe pun byk. Aku rasa memang kene kurangkan la FB ni sebab die macam dah consume hidup aku. Banyak buang masa je.

Well, cakap membe aku tu memang betul. Buat apa ada FB kalau asik nak gaduh? Buat tambah dosa je. Bukan niat kita nak gaduh, cuma kita manusia ni ada emosi dan kadang2 tak boleh kontrol. Tu yang susah tu. Macam mana pun, kita manusia memang sentiasa buat silap. Takde masalah buat silap, yg penting kita pelajari sesuatu daripada kesilapan kita. Itu lebih penting.

Current mood: Mata bengkak
Listen to: Nothing
After this: tido.....zzzz


0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers