26/11/2011


Perasan tak, mula2 raja lawak, lepas tu maharaja lawak, then yang terbaru maharaja lawak mega. Tak rasa ke macam ada orang cuba nak amik kesempatan atas sambutan yang hangat terhadap show ni?

Raja lawak season 1-4 sambutannya tak beberapa sangat. Still popular tapi tak gah sangat. Sampai la season 5. Lepas tu dibuat maharaja lawak konon2nya untuk himpunkan otai2 raja lawak sebelum2nya. Ingatkan dah habis maharaja. Rupanya ada lagi maharaja. Maharaja lawak mega pulak. Gap antara show ni tak jauh. Dekat2 je kan? Sebab tu aku cakap macam ada orang ambil kesempatan sementara bende ni tgh hangat.

Yang paling ketara sekali kenapa maharaja lawak ni kene buat dekat Warna? Kenapa tak dekat Prima? Dari segi bisnes point of view astro nak galakkan orang langgan warna sebab mungkin sebelum tu pakej ni tak dapat sambutan. Ambik kesempatan lagi.

Nasib baik la ada youtube. Orang still dapat tgk walaupun takde warna. Cuma takde live je.

Aku ada la tengok beberapa persembahan. Aku rasa memang dah jadik trend kot diorang ni. Nak buat lawak kene cakap loghat utara, kelantan, nogori. Kalau cakap bahasa melayu standard mcm tak lawak sgt. Then trend bahankan orang. Ada je orang yang diorang ajuk.  Yang terbaru sekali trend pondan. Mesti ada watak pondan or lembut.

Sebenarnya konsep realiti tv ni tak lain tak bukan kecuali hanya untuk profit je. Telco dan astro memang nak suruh korang berbelanja dengan mengundi peserta kegemaran korang. Then lepas habis pertandingan apa jadik kat peserta tu lantak la. Kita sendiri dah tgk kan, apa jadik peserta2 realiti tv. Ramai yang hilang macam tu je walaupun juara. Mmg penganjur tak pedulik pun. Janji diorang masyuk. Tgk la apa jadik pada mawi. Dulu astro jaga gile2 tu. Bile dah tak laku, sorang pun tak peduli. Apa yang hangat, itulah yang diorang amik kesempatan, dah tak laku, buang jela.

So aku sian la pada orang2 yang mengundi ni. Apa yang korang dapat? Ada die jumpe2 korang secara personel ucap terima kasih? Nak jumpe belanja KFC jauh sekali la. kalau sedara mara tu mungkin boleh jugak dapat tempias. Boleh pau lepas menang nnt.

Maka, berhentilah mengundi dan habeskan duit korang pada bende sia2 ni. Lihat la realiti tv ni pada perspektif yang lebih besar dan bijak. Jangan jadik orang yang diperbodohkan. Yang tukang buat kerja/pelawak orang melayu. Yang telan duitnye orang bukan melayu.

Lagipun nama je Maharaja Lawak Mega, tapi tak lawak pun. Jangan tertipu dan bodohkan diri anda sendiri.

Current mood: Selsema
Listen to: Nothing
After this: Mandi. hehe

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe