09/12/2011


Skang ni iklan ni dah makin berleluasa kat area lembah klang. Kenapa pihak berkuasa tak turunkan iklan ni aku pun tak tau. Susah sangat ke?

Dah la iklan ni sure takde lesen, lepas tu gantung traffic light. Sedikit sebanyak akan menjejaskan perhatian pemandu terutamanya kepada yang berminat, mesti terhegeh2 nak salin kontek number. Ini mungkin boleh menyebabkan kepada kemalangan jalan raya.

Tapi kemalangan jalanraya itu bukan isunya. Isunya di sini ialah mengenai kerosakan akhlak dan kelemahan penguatkuasaan undang2.

Macam mana ni ni boleh ada? No demand no supply aite? Sure ada orang beli bende2 ni. Disebabkan bende ni diletakkan di public, maka siapa2 pun boleh beli. Mungkin ada di antara pembeli itu orang-orang disekeliling kita. entah adik beradik kita, pakcik kita, makcik kita, jiran kita, cikgu kita, lecturer kita, bos kita, senang citer sape2 jela.

Bukannya apa, bende ni ibarat macam training untuk buat seks. Ok, untuk permulaan ok la layan adult toy tu, then bila dah lama keinginan untuk try real thing tu akan datang maka kecenderungan untuk cari pelacur, gigolo, skandal dsb tinggi. Senang citer bende ni akan menggalakkan zina dan mungkin kepada pembuangan bayi or keruntuhan rumah tangga. Kemungkinan tu ada dan agak tinggi.

Then, aku rasa dah 2 minggu iklan ni kat sini tak terusik, kenapa majlis perbandaran, tak turunkan? Ke diorang takde kuasa nak turunkan (standard gomen, "kami tiada kuasa, luar bidang kuasa kami"). Takpun, kontek je la nombor tu. Pastu tanya, ada lesen tak jual bende2 ni? Dari mana diorang dapat bende2 ni. Takkan la nak tunggu orang buat aduan. Pihak berkuasa ni kejenye memang dok opis tunggu aduan je ke? Tak reti nak turun padang n bertindak?

Ok la, cakap banyak pun tak guna, aku cuma suara kan pendapat je. Semakin hari, bende2 seks ni semakin berleluasa di dalam masyarakat. mane2 je ade. Kalau zaman dulu, nak tunggu dak laki baligh kene tunggu mimpi, skang ni tak payah, taip je kat internet ni, bertimbun. Dalam hp pun banyak.

Macam mana la gejala buang bayi nak dibendung kalau bende asas pun tak boleh nak kawal.

Current mood: Ngantuk
Listen to: ET - Katy Perry
After this: Tido. zzzz

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe