15/12/2011


Dah dua hari turut-turut KL banjir kilat. Rasanya mcm dah lama KL tak banjir kilat sejak terowong SMART ni siap. Aku dapat tau berita pasal banjir ni dalam kul 4. Sebb phone aku ada internet, so aku tau awal sikit. Antara jalan yang terjejas ialah Jalan Tun Razak, Jalan Loke Yew, Jalan Pudu dan jalan yang aku guna, Jalan Ipoh.

Mula-mula risau jugak nak balik. Aku tau depan pasar borong selayang tu memang selalu banjir. Tapi kalau nak tunggu pun, apa guna. Ingat nak ikut highway, tapi aku dgr laporan traffik mcm jem jugak. So aku pilih ikut jalan biasa dan pilihan tu tepat, langsung tak banjir. Mungkin jalan ipoh belah lain kot.

Sian la aku tengok mangsa banjir, sangkut dalam jem dah satu hal. Yang lebih kesian lagi kalau kereta tenggelam. Kalau sampai dah bertakung air dalam kete, elok jual je. Kos repair nak sama dengan beli baru. Aku teringat dulu masa Johor teruk dilanda banjir, banyak kete jual sebagai spare part je.


Disebabkan banjir ni melibatkan Jalan Tun Razak, so aku tertanya, terowong SMART tak berfungsi ke? Aku tak sure sama ada, ada problem atau memang banjir kali ni luar biasa. Kalau terowong ni ada problem, apa problemnye? Ok, katalah terowong ni berfungsi macam biasa, tapi still banjir, bayangkanlah kalau takde terowong ni kan? Itu pun ada la beberapa rumah kat kampung baru tenggelam.

So, when shit happen, we better find the solution rather than appoint to somebody. Diharapkan, masalah ini dapat diselesaikan dengan segera. Kan, Malaysia ni banyak engineer. Dah memang tugas engineer setelkan problem2 macam ni. Kalau tak, baik jadi ahli kaji sejarah je.

Current mood: Mata dah letih.
Listen to: Sampai menutup Mata - Acha Septriasa.
After this: Buat milo

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers