10/12/2011


Dulu masa final year, kitorang kene buat satu kete untuk race. Kitorang cuma diberi engine. Yang lain tu pandai2 la korek duit. Yang penting kete tu siap dan boleh jalan.

Bila design bende2 engineering ni, first skali kene ada drawing. Design tu mesti dah ada dalam kepala. Mana boleh terus buat lepas dapat ilham. Tengok la macam Tony Stark design iron man.

Disebabkan kitorang tak pro mahupun amatur, jauh skali expert, so drawing kitorang so-so je. Lecturer kitorang tak puas hati. Kitorang punye drawing pun lebih kepada komponen yang besar2 je. Part yang remeh temeh macam bolt, nat, spring sume malas nk lukis.

"Kalau awak nak tahu, setiap design tu, mesti ada drawing, dari sebesar-besar komponen, hinggalah sehalus-halus komponen". Kitorang pun tak puas hati, ala takkan la bende2 kecik tu pun nak lukis kan? Buang masa je.

Then setahun lepas tu, bila aku dah kerja, baru aku sedar apa yang dikatakan oleh lecturer aku tu betul. Memang kalau nak compile design sebijik kete lebih tebal daripada kamus dewan. Serius. Daripada sebesar-besar part, sampai la sehalus-halus part, sume ada drawing. Part list memang beribu. Tujuannya ialah untuk cost estimation, bape banyak nak order. Manufacturer skang besenye hanya order cukup2 je. Tak lebih dan tak kurang. Sebab tu pentingnya drawing setiap part ni. Ni baru salah satu kepentingannya, ada je lagi, tapi rasanya boleh fikir sendiri kan?

Current mood: Kenyang, baru lepas lunch
Listen to: Untuk Kamu - Hafiz
After this: Tak decide lagi nak buat apa

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers