28/01/2012


ABC pedal, A - Accelerator, B - Brake, C - Clutch. Tapi kereta auto cuma ada pedal A dan B je la. 
Pernah tak terfikir kenapa pedal2 ni disusun macam ni, kenapa A sebelah B dan B sebelah C? Then kenapa susunan pedal ni dari kanan ke kiri tapi bukan dari kiri ke kanan? Tak kira kereta tu left hand drive or right hand drive ke, susunannya tetap sama.

Mari kita tgk kenapa susunan ni berlaku, btw, ni assumption aku je yer. Kalau ada pembetulan silakan. Mana la tau ada bende yg aku tak tau:

A Sebelah B
- Mungkin tak nak bagi driver tekan kedua-dua pedal ni dengan kaki kiri dan kanan. Kalau driver tekan kedua-dua pedal ni serentak, akan bazirkan minyak dan brek akan cepat haus.

C kat hujung sekali di sebelah B
- Supaya clutch ni boleh digunakan oleh kaki kiri sahaja dan tak ada masalah kalau C pedal ni ditekan serentak dengan pedal A atau B

Ok, kalau kita perasan, sebenarnya design ni memang intention dia, pedal A dan B itu digunakan hanya untuk kaki kana sahaja. Ini kerana kedua-dua pedal ini tidak sesuai untuk ditekan serentak dan untuk menekan kedua-dua pedal ini memerlukan kawalan kaki yang  cekap. Tak boleh main tekan sebarangan. Kene control sket tekanan tu. Maka dengan ini, wujud lagi satu assumption lagi, design ni lebih memfokuskan kepada Righty, bukan untuk kidal dan assume jugak, driver righty lebih ramai berbanding kidal.

Pedal C tidak ada masalah untuk ditekan, sama ada secara mengejut atau terkawal, tiada efek pada halaju kereta. Cuma kawalan kaki tu penting masa nak lepaskan pedal sahaja. Kebiasaannya orang righty ni memang susah nak control kaki kiri, maka tiada masalah untuk pedal C.

Pointnya sekarang, sedar atau tidak, design pedal ni sebenarnya lebih kepada driver righty tetapi kurang sesuai untuk kidal. Memang tidak dinafikan orang kidal boleh je drive dgn ok, cuma diorang kene amik masa lebih lama kot untuk biasakn diri. Kebiasaannya orang kidal ni memang smart, sebab tu diorang boleh adapt guna barang2 yang di design untuk orang righty.

Aku cuma terfikir, apa kata lepas ni, amik data setiap driver yang eksiden, sama ada dia kidal atau tidak. Mungkin dari data yang dikumpul, dapat mengesahkan teori ni atau design ni sebenarnya bersifat universal untuk kidal atau tak. Dalam keadaan relax, mungkin driver kidal boleh totally control, tapi jika keadaan pressure or emergency akan out of control sebab kawalan lebih kepada anggota sebelah kiri.


Kalau betol la teori ni, mungkin lepas ni kene design kereta yang susunan pedalnya untuk orang kidal sahaja. Tak pun, cuba kita cek, kebanyakan driver yang kene repeat driving license tu kidal atau tak?

Untuk simple eksperimen, cuba korang driving dan brek dengan kaki kiri tanpa ada rasa 'shock'. Katalah korang berjaya, untuk keadaan relax mungkin tiada masalah, tapi cuba masa emergency, aku rasa mcm tu la kot driver kidal rasa. 

Current mood: Ngantuk sgt dah
Listen to: Diari Seorang Lelaki - Pretty Ugly
After this: tido.....zzzzzzz

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe