20/02/2012



Lagu utama ombak rindu. Lagu ni memang kena dan sesuai sangat dengan filem tersebut. Gandingan suara Hafiz dan Adira memang mantap. So far aku still lagi tak bosan dengan lagu ni. Aku sanggup tunggu dalam kereta semata-mata nak dengar lagu ni walaupun dah sampai.



Bila dengar lagu ni, mesti aku terbayang sawah padi, maya karin tolak basikal sambil2 tersenyum ayu memakai tudung. Sebab dalam filem ombak rindu, nilah secene pertama lagu ni keluar. So image ni dah melekat dalam kepala. Bila aku balik kedah nak pi aloq staq, tengok je sawah padi, terus teringat lagu ni dan maya karin menolak basikal sambil tersenyum ayu memakai tudung.

Ok, bagi aku kedua-dua lagi ni memang best dan kena dengan filemnya. Cuma persoalannya sekarang siapa pencipta lagu dan lirik lagu ni ea sebab lagu2 ni berpotensi menjadi Juara lagu-27.

Current mood: Sok keje ke?
Listen to: Kedua-dua lagu di atas
After this: Dok lepak je kot.


0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers