12/02/2012

Asalnya aku nak beli jam tangan. Aku tgk ramai member ofis aku pakai jam G-Shock. Mula-mula aku ingat jam uptown je. Rupa2nya jam ori. Terkejut jugak aku bila dengar berapa harga G-Shock ori ni. Tak semahal yang aku sangka. Lepas tu, aku survey dalam internet, memang betul, harga ori G-Shock ni memang termasuk dalam harga mampu milik untuk golongan-golongan makan gaji macam aku ni.

Masa sibuk-sibuk buat survey tu, aku terjumpa la ada satu model jam Casio ni, dia boleh measure jarak dan calories. Memang sangat sesuai untuk orang yang suka joging macam aku. Harga pun memang jauh lebih murah daripada sangkaan aku.

Esok harinya, aku ternampak satu jam macam gambar di bawah ni atas meja ofismate aku. Ofismate aku ni memang suka jog. Then lepas beberapa sesi soal jawab, aku pun buat survey kat internet. Aku dapati jam ni sangat awesome!




Jam ni memang menepati ciri-ciri yang diidamkan oleh runner. Boleh catat jarak larian, lap timing, berapa banyak kalori yg di bakar dan bateri jam ni dicaj menggunakan USB. Macam mana jam ni boleh  kira jarak dan berapa banyak kalori yang sudah dibakar? Ianya dibantu dengan sebuah sensor yang diletakkan di dalam kasut macam dalam gambar di bawah. Problemnya sekarang, hanya kasut nike sahaja yang ada design macam ni. Ada satu slot kosong di bawah alas kaki untuk sensor tersebut. Kalau kasut lain yang takde slot ni, kene cari cara macam mana nak letak sensor ni contohnya macam ikat pada kasut. Cuma brader kedai Nike tu cakap, cara tu mungkin akan effect kiraan jarak dan kalori nanti.




Ok, jam ini sangat sesuai untuk pengguna IPhone sebab ada apps khas untuk Nike+ ni. Dari sini, kita boleh monitor sendiri hasil latihan kita untuk memberikan lebih motivasi dan setakat mana pencapaian kita. Cuma kalau tak salah, apps ni still takde untuk adroid.


Harganya untuk jam ni ialah RM239. Memang harga mampu milik. Tak jauh beza dengan G-Shock. Mula-mula aku rasa macam nak beli. Tapi aku fikir, sensor ni sesuai untuk runner je. Aku plan nak pakai masa main bola supaya boleh rekod berapa jarak aku lari sepanjang main bola. Bila tengok saiz sensor tu, aku tak tau nak selit celah mana. Lagipun aku takut pecah kene rembat dengan bola. Bagi aku la, teknologi ni dah ok, cuma bila kene guna sensor tu yang aku rasa macam kurang best sket. Kalau tak nak guna sensor, kene cari jam yang ada GPS.

Akhirnya aku tak jadik beli. Mungkin next time kot. Memang aku kerap dan suka jogging. Tapi aku lagi suka kalau teknologi ni aku dapat pakai masa main bola. Bila aku tengok teknologi ni, barulah aku faham, macam mana jarak pemain berlari dalam padang diukur. Menggunakan teknologi ni. Brader kedai tu ada cakap, setakat ni kalo untuk pemain bola, hanya Adidas je ada.

Tengok video ni. Promo sket. Hehe

Current mood: Ngantuk
Listen to: Bunyi Kipas.
After this: Tido. zzz

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe