20/02/2012


Lepas beli, aku amik masa sebulan untuk bukak cover plastik. Tapi hanya ambil masa seminggu je untuk habiskan novel ni. Aku memang pembaca novel masa sekolah dulu. Jenis2 yang mcm ni la. Paling aku suka novel detective mcm agatha christie dan sherlock holmes.

Ramlee Awang Murshid (RAM) ni memang terkenal dengan novel2 thriller nya. Sebelum ni aku dah baca A.D.AM.

Novel kali ni banyak berkisar pasal masalah psaikologi, masalah mental. Double personaliti, halusinasi dan imprinted idea.

Secara ringkasnya, ada 4 pembunuhan telah berlaku dan ianya dilakukan oleh 4 orang bekas pesakit mental. Walaupun orang berbeza tetapi modus operandinya sama. Kesemua yang terbunuh tu ada kaitan dengan skandal pembunuhan seorang setiausaha politik 3 tahun lepas. Walau bagaimanapun kes tu tu tergantung dan kesemua pembunuh tu terlepas sebab didapat sakit mental. So terlepas hukuman mati. 20 tahun kemudian, Dr. Rozalina, bekas doktor untuk keempat empat pesakit mental tu terlibat dalam satu projek rahsia macam bakc to to the future tapi cuma minda subjek sahaja yang kembali ke masa lepas. Ala-ala movie Source Code. Tujuan die tak lain tak bukan ialah untuk mencari siapa dalang kes pembunuhan tu. Tapi projek ini akhirnya disabotaj oleh dalang yang masih lagi hidup dan bebas. So apa jadi pada endingnya? Nak tau baca la sendiri. baru la thrill. Hehe.

Ok, rasanya korang takkan dapat teka sapa pembunuh tu sehinggalah 3/4 novel. Itu pun mungkin korang sangka tekaan korang btol, nampak mudah macam citer2 thriller typical amerika. Tapi in the end mesti korang terkejut siapa pembunuhnya. Memang twist 360 darjah la. Huhu. Dan yang paling penting, di akhir novel ada satu rahsia besar akan diberitahu di sebalik kesemua pembunuhan itu berlaku.

Kesimpulannya novel ni berbaloi untuk dibaca, cuma agak ganas sket. Cara die bunuh orang tu memang mengerikan. Rasanya kalau aku tak sibuk dengan kerja, 2 hari dah cukup kot untuk habeskan.

Next novel aku nak cari, Rayyan Fantasi dan Mandatori.




Current mood: Ngantuk dah
Listen to: TV
After this: Buat la apa yang patut


0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe