12/02/2012


Bila kalio terakhir korang menggunakan public phone seperti gambar di atas?

Semalam masa kat Pavilion, tgh tunggu wife aku pergi toilet, aku ternampak public phone seperti gambar di atas. Saja la perg check dan aku dapati ianya berfungsi. Ingatkan macam nak try buat call, tapi wife aku dah keluar toilet.

Teringat la masa zaman kegemilanga public phone ni. Orang beratur semata-mata untuk membuat panggilan telefon. Yang paling hangin bila kita nak cepat, ada pulak orang depan tu bergayut dgn awek. Pulak tu, tak habes2 syilingnya.

Ada orang sanggup kumpul syiling semata-mata nak call lama2. Kalau tak silap, masa tu ratenya 10 sen dapat call 3 minit. Ada lagi tension public phone ni ada masanya bleh guna untuk panggilan kecemasan je. Kene cari tempat lain.

Disebabkan dalam phone ni ada duit, public phone pun tak terlepas daripada kecurian. Banyak je public phone yang kene pecah dulu. Masa kegemilangan public phone ni, ianya sangat femes bila kita membicarakan tentang vandalisme. Public phone mesti jadi salah satu contoh. Tapi ada juga public phone yang gunakan kad.

Kesimpulannya ada 3 perkara yang membuatkan kita hangin dengan public phone:

1) Kita nak cepat dan call kejap, tapi orang depan bergayut macam public phone tu dalam bilik kat rumah die.
2) Bila kita angkat gagang nak call, tertera perkataan panggilan kecemasan.
3) Duit kene telan.

Sure korang pun ada kenangan dengan public phone kan?

Current mood: Baru lepas breakfast
Listen to: Jalan-jalan cari makan.
After this: Mandi

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe