20/03/2012

Disebabkan masa ni bergerak sehala, kita tidak dapat berpatah balik. Walau macam mana pun kita berdoa dan mencuba, mustahil masa ni untuk di reverse atau kembali ke masa lepas.

So apa yang membuatkan kita perasan tentang kewujudan masa? Ok, kita dan kalendar.Macam mana manusia boleh cipta kalendar dan jam? Teknologi ini dicipta berdasarkan kitaran alam macam matahari terbit dan terbenam, perubahan musim, fasa bulan dan lain2.

Bayangkan la kalau semua ni tiada. Ibarat kita duduk di dalam bilik yang gelap. Kita memang takkan tau peredaran masa. Sbb tu kita tak boleh kembali ke masa lepas. See the bigger picture? Takpela korek2 la lagi kat internet. Hehe

Baru2 ni aku ada tgk drama jepun, Koishite Akuma aka Vampire Boy. Antara isi cerita tu ialah, bila kita jadi vampire, masa aku terhenti bagi vampire.Die takkan tua dan sakit walaupun orang sekeliling die tua, sakit dan mati. Masa terhenti untuk die. Kata la die stat jadi vampire masa umur 20 tahun. Maka die akan kekal kelihatan 20 tahun walaupun die dah hidup selama 1000 tahun. So kalau nak jadi vampire, jadi masa umur muda sket. Hehe



Point aku nak cakap sebenarnya diambil dari drama tersebut. "Di dalam memori dan gambar, masa itu terhenti tapi masa terus berlalu. Sbab tu manusia ambil gambar supaya mereka dapat menikmati semula masa itu."


"Walaupun sekeping gambar macam secebis memori, tapi cukup untuk mengingati memori di dalam gambar itu macam, apa jadi lepas gambar tu di ambil, apa yang berlaku sepanjang hari tersebut. Manusia tidak dapat kembali ke masa silam. Sebab tu mereka mengambil gambar"


Gambar2 yang aku letak ni, aku ambil dari internet. Aku tak ingat kat mana. Tapi ialah gambar KLsekitar 70's dan 80's. Kita boleh tgk macam mana KL ni berubah dari dekad ke dekad. Macam mana banggunan boleh naik, hutan boleh kene tebang, macam mana jalang lengang bleh stat sesak.

Kalau diberi peluang, tentu kita yang lahir di zaman selepas gambar ini diambil ingin pergi ke masa dalam gambar ni. Tapi apakan daya. Kita cuma boleh berimaginasi jela keadaan pada zaman tu dan cuba relate dgn zaman kita.

Nasib baik la ada orang yang amik gamba2 ni. Kalau tak, kita takkan dapat nikmati dan tak tahu pun macam mana KL suatu ketika dulu. Atas kesedaran ini la, aku sekarang rajin merakam video dan ambil gambar sekitar KL supaya 20 - 30 tahun kemudian aku dapat share masa2 ini dengan anak2 or cucu aku nanti kan? Who knows? Heheh

Current mood: Kenyang.
Listen to: Cinta Dalam Hati - Ungu
After this: Tido kot. sok keje

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe